Satu majlis menandatangani dokumen perjanjian persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Damansara Assets Sdn Bhd (DASB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat 1, B12 Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM Johor Bahru untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pembangunan akademik, latihan, penyelidikan & penerbitan dan lain-lain yang melibatkan pengurusan harta tanah.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM, Y. Bhg. Prof. Ir. Ts. Dr Zainuddin bin Abd Manan bersama Pengarah Eksekutif Damansara Assets Sdn Bhd, Y.Bhg Tn Hj Yusaini bin Hj Sidek dan telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Sr Dr. Mohd Nadzri bin Jaafar, Pengarah (Harta Tanah) Fakulti Alam Bina dan Ukur, barisan pengurusan kanan Damansara Assets Sdn Bhd serta pegawai-pegawai kanan UTM dan Fakulti Alam Bina dan Ukur.

more photos click here..