Majlis Berbuka Puasa Perdana, anjuran Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) FABU dan Persatuan-Persatuan Pelajar FABU, telah berlangsung pada 2 April 2024 di Dewan Konvensyen. Majlis telah dirasmikan oleh Yg. berbhg. Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Sr Dr. Kherun Nita Binti Ali. Turut hadir ke Majlis Berbuka Puasa adalah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Prof. Madya LAr Dr. Sapura Binti Mohamad, Penolong Dekan (Hubungan Luar dan Global), Prof. Madya Gs. Sr Dr. Nurul Hazrina Idris, pensyarah-pensyarah, MPP, dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan/Kelab FABU. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran seramai hampir 350 pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur.
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata; bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan (memenuhi tuntutan puasa dan menghidupkan malam-malam) Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan semua dosanya yang terdahulu.”
Selamat Menjalani Ibadah Puasa!