Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil pendekatan yang strategik untuk meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menjadikan Anugerah Akademik Negara (AAN) sebagai satu platform terunggul dalam memartabatkan pakar akademik negara. AAN merupakan anugerah tahunan berprestij yang bertujuan memberi pengiktirafan kerajaan kepada ahli-ahli akademik yang telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

Anugerah ini memberi pengiktirafan bukan sekadar dalam aspek pengajaran dan penyelidikan semata-mata, tetapi meliputi peranan ketiga universiti iaitu sumbangan akademik kepada pembangunan negara dan masyarakat.

Pencalonan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 kini dibuka mulai 25 Mac 2013 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan/pencalonan Β adalah pada 27 Mei 2013 (Isnin). Semua staf akademik UTM yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa menghantar penyertaan bagi anugerah tersebut berdasarkan kepada permohonan dan penyertaan daripada calon-calon yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang masing-masing dan telah mencapai beberapa kejayaan utama sepanjang tahun tempoh penilaian iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2012 kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara yang berdasarkan kepada pencalonan oleh IPT berdasarkan pencapaian dan sumbangan kumulatif semasa calon, anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (life long achievement) tanpa mengambil kira tahap pengiktirafan.

Tujuh (7) kategori anugerah dibuka untuk permohonan dan pencalonan iaitu:-

  • Anugerah Tokoh Akademik Negara
  • Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
  • Anugerah Penerbitan Buku
  • Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
  • Anugerah Seni dan Kreativiti
  • Anugerah Pengajaran
  • Anugerah Ahli Akademik Harapan

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Urusetia AAN 2012 UTM, Puan Yasni Nurul Huda Hj Mohd Yassin (ext: 30552), Pejabat Timbalan Naib Canselo (Akademik & Antarabangsa), (u.p.: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2012 UTM)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2013, jam 5.00 ptg.

http://www.mohe.gov.my/aan2012/

//