Bengkel Pemantapan Trek Pengajaran FABU 2020

Bengkel Pemantapan Trek Pengajaran FABU 2020

Bengkel Pemantapan Trek Pengajaran FABU 2020 telah diadakan di Dewan Konvensyen Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 8-9 Julai 2020. Bengkel ini adalah anjuran bersama FABU dan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead). Dr. Norliza binti Mohd Isa (JK Trek Pengajaran FABU), Ir Dr. Istas Fahurrazi Nusyirwan (IOBE Administrator) dan Prof. Madya Dr. Nihra Haruzuan Mohamad Said (Pengurus IT, UTMLead) telah memberi tunjuk ajar kepada Pensyarah FABU berkenaan Pemantapan Trek Pengajaran.

more photos click here..

Majlis Serah Tugas Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur

Majlis Serah Tugas Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur

Majlis serah tugas oleh mantan dekan Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Ahmad kepada dekan baharu Prof. Sr. Dr. Hishamuddin Mohd Ali telah diadakan pada 1 Jun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, FABU dengan turut disertai pengurusan fakulti dan wakil staf. Majlis ringkas ini telah diadakan dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

more photos click here..

Sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Kepada Pelajar Geoinformasi Semasa PKP

Sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Kepada Pelajar Geoinformasi Semasa PKP

Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah bermurah hati untuk mengagihkan sumbangan secara one-off kepada pelajar Geoinformasi yang berada di kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seramai 58 pelajar yang terdiri daripada 32 pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan 26 pelajar Sarjana Muda Geoinformatik menerima sumbangan sebanyak RM 200 seorang yang dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Secara keseluruhan, LJT telah menyumbang sebanyak RM10,600 kepada semua pelajar berkenaan. Satu majlis simbolik penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah diadakan pada 30 April 2020 di perkarangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM, Pengarah Geoinformasi serta pelajar.

more photos click here..