ANUGERAH SENI DAN KREATIVITI CITRA KARISMA (ASK) 2021

Anugerah Seni dan Kreativiti telah diperkenalkan sejak tahun 2013. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf akademik dan staf Pengurusan, Profesional dan Pelaksana (PPP) yang berbakat dalam bidang :

a) Seni persembahan
b) Seni Bina
c) Seni Visual
d) Seni Skrin
e) Seni Kraf
f) Penulisan Kreatif

(Rujuk Garis Panduan untuk Perincian Bidang)

    Pemilihan penerima anugerah ini dibuat berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan secara aktif dalam bidang seni dan kreativiti meliputi aspek berikut:

    • Aktif dalam menghasilkan ‘koleksi’ kesenian yang berkaitan sama ada untuk jualan atau pameran
    • Aktif dalam ‘aktiviti’ kesenian berkaitan di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa seperti pameran (seni catan), lakon layar (seni skrin) dan lain-lain lagi.
    • Mempunyai daya inovasi dan kreativiti yang tinggi dalam penghasilan bahan kesenian berkaitan
    • Aktif dalam persatuan atau kelab kesenian yang berkaitan
    • Pernah menerima anugerah atau memenangi   pertandingan di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
    • Pernah mendapat pengiktirafan khas di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa
    • Berpengalaman luas dalam pembentukan teori dan kurikulum dalam bidang seni berkaitan atau sebagai penggiat mempromosi dan menonjolkan elemen lestari dalam karya masing-masing.
    • Aktif mempromosikan UTM melalui hasil seni di Media Sosial

    a) Anugerah ini terbuka kepada semua staf UTM yang berstatus tetap/sementara/kontrak (lantikan universiti)

    b) Staf telah berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun lantikan sebelum 1 Januari 2022.

    c) Pemenang hanya boleh memohon/dicalonkan semula selepas 3 tahun.

    d) Aktiviti yang dinyatakan hendaklah dapat memberi impak kepada universiti.

    e) Bahan-bahan atau dokumen yang dikemukakan oleh calon hendaklah 3-5 tahun terkini dari tahun semasa.

    f) Bagi calon yang pernah menyertai Anugerah ini pada ASK yang lepas, calon TIDAK DIBENARKAN untuk menggunapakai bahan yang sama seperti ASK lepas.

      Penilaian dibuat oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi, JK Anugerah Seni dan Kreativiti dengan persetujuan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

      6.1 Kaedah penilaian :

      i. Urusetia menilai permohonan yang diterima dan membuat penilaian kesahihan maklumat mengikut kategori bidang.

      ii. Penilaian dilakukan oleh Ahli Panel seperti berikut :-
      • Penilaian dokumen ATAU
      • Penilaian secara temubual bersama calon ATAU
      • Kedua-duanya sekali

      iii. Bagi pencalonan Staf Akademik, pemilihan pemenang untuk Kategori Premium & Standard adalah berdasarkan calon yang dapat melepasi titik ambang yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Anugerah.

      iv. Membuat keputusan pemenang anugerah untuk diperakukan oleh Jawatankuasa Induk Majlis Citra Karisma UTM.

      1. Staf Akademik
      i) Kategori Premium – Wang tunai RM3,000 berserta sijil
      ii) Kategori Standard – Wang tunai RM1,000 berserta sijil
      iii) Sijil Penghargaan (Emas, Perak, Gangsa)

      2. Staf Pengurusan, Profesional & Pelaksana
      i) Wang tunai RM1,000 berserta sijil
      ii) Sijil Penghargaan (Emas, Perak, Gangsa)

        1. Medium penghantaran laporan : Hardcopy & Softcopy/Emel.
        2. Tarikh akhir penghantaran: 14 April 2022 (Khamis) sebelum jam 5.00 petang

        Permohonan hendaklah disokong oleh bukti-bukti sama ada berbentuk sijil, gambar dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang boleh menyokong permohonan. Sekiranya permohonan dihantar melalui emel, bahan-bahan bukti hendaklah dihantar dalam format pdf.

        Anugerah Seni dan Kreativiti (ASK)
        Pusat Pentadbiran
        Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
        Universiti Teknologi Malaysia
        Johor Bahru
        (u.p:  Encik Jalil bin Maulani @ Cik Intan Nursuryana binti Zakaria)

        No. Tel            :  07- 555 57356
        Email              :  ajalil@utm.my / nursuryana@utm.my