Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menganjurkan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 Zon Johor pada 24 & 25 Februari 2018 (Sabtu & Ahad) ini bertempat di PERSADA Johor International Convention Center, Johor Bahru bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti Pameran Pendidikan, Bimbingan Kerjaya, Konsultasi Pendidikan, teknikal dan kemahiran yang akan disertai oleh Universiti Awam di seluruh Malaysia dan 100 Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk Universiti Swasta, Jabatan Politenik Malaysia, Kolej Komuniti, Sesi interaktif Konsultasi UPU Online, Demonstrasi Seni Kreatif dan banyak lagi bakal disediakan untuk pengunjung.

Semua di jemput hadir.