Assalamualaikum wrm wbt & Selamat Sejahtera,
YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara,
SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR TAHUN 2024
Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Staf Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) dengan kerjasama pengurusan Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri FABU 2024 yang akan diadakan dengan ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 8 Mei 2024 (Rabu)
Masa: 11.00 pagi โ 2.00 petang
Tempat: Galeri & Perkarangan B11, FABU
Terdapat 6 gerai yang akan menyediakan pelbagai juadah mengikut rumah sukan. Setiap staf FABU telah ditetapkan rumah sukan masing-masing (sila rujuk senarai).
1. Kundang (Ungu)
2. Biram (Merah)
3. Kencana (Emas)
4. Kalas (Merah Jambu)
5. Gadung (Hijau)
6. Belau (Biru)
Selain itu, bagi memeriahkan lagi majlis kita, pelbagai pertandingan diaturkan seperti
1. Gerai Bertema Raya x3 pemenang (RM150) -Rumah sukan
2. Video Pendek Bertema Raya x3 pemenang (RM150) – Individu/ Kump.
3. Pakaian Bertema Raya (Lelaki & Perempuan) x1 pemenang (RM100) – Individu
Sehubungan dengan itu semua staf FABU dijemput hadir.
SAHKAN KEHADIRAN DISINI
https://forms.gle/hy2TDaadSUDQhz4u6