Pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), kementerian Kewangan Malaysia yang di ketuai oleh YBrs. Sr Haji A’zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang telah sudi menerima kunjungan hormat dari YBrs. Profesor Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur yang diiringi oleh Sr Dr. Mohd Nadzri bin Jaafar, Pengarah Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 10 Julai 2020.

Intipati perbincangan ketika kunjungan hormat ini antara lain meliputi jemputan perlantikan sebagai Profesor Adjung, memperbaharui Memorandum of Understanding (MoU) antara kedua-dua organisasi, perlaksanaan program khas di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), serta program khas separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda kepada pegawai-pegawai JPPH, dan latihan kepada staf akademik muda FABU di INSPEN.

more photos click here..