Pelantikan sebagai Pengarah Kerja

Pelantikan sebagai Pengarah Kerja

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada Prof. Dr. Roslan bin Amirudin atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Kerja, Pejabat Harta Bina bermula 15 Oktober 2017 hingga 24 Ogos 2019. 
Fakulti Alam Bina mengucapkan setinggi tahniah diatas pelantikan ini dan semoga terus berusaha mengharumkan nama Universiti. 
Pelantikan Sebagai Pentadbir Akademik Fakulti Alam Bina

Pelantikan Sebagai Pentadbir Akademik Fakulti Alam Bina

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada pelantikan semula/pelantikan baharu sebagai pentadbir akademik di Fakulti Alam Bina bermula 1 Jun 2017.

Pelantikan Baharu:

  • Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Jaringan dan Komuniti
    • PM Dr. Mohammad Rafee bin Majid (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)
  • Ketua Jabatan Perancangan Bandar & Wilayah
    • PM Dr. Hairul Nizam bin Ismail (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)
  • Ketua Jabatan Senibina Lanskap
    • LAr. Dr. Sapura binti  Mohamad (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)
  • Pengurus Akademik Pasca Siswazah 
    • Dr. Zuhaili bin Mohamad Ramly (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2020)

Pelantikan Semula:

  • Ketua Jabatan Senibina
    • Dr. Abdul Halim bin Hussein (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2019)
  • Ketua Jabatan Ukur Bahan
    • Dr. Sarajul Fikri bin Mohamed (1 Jun 2017 hingga 31 Mei 2019)
Tidak dilupakan, jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi, Jaringan dan Komuniti, PM Dr. Mohamed Rashid bin Embi; Ketua Jabatan Perancang Bandar & Wilayah, PM Dr. Norsiah binti Abd, Aziz; dan Ketua Jabatan Senibina Lanskap, PM Dr. Hasanuddin bin Lamit atas sumbangan dan jasa beliau yang dilimpahkan semasa mengalas tanggungjawab sebagai Pentadbir di fakulti ini. Jasamu akan dikenang selamanya.
Pelantikan Baharu Dekan Fakulti Alam Bina

Pelantikan Baharu Dekan Fakulti Alam Bina

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diberikan kepada PROF. DR. MOHD HAMDAN BIN AHMAD atas pelantikan beliau sebagai Dekan Fakulti Alam Bina bermula 1hb Mei 2017 hingga 30hb April 2020. 

Tidak dilupakan jutaan terima kasih diucapkan kepada mantan Dekan Fakulti Alam Bina, PROF. DR. ROSLAN BIN AMIRUDIN atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang pelantikan sebagai Dekan di fakulti ini.