Program Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program Lawatan dan Syarahan Umum oleh Profesor Adjung Tn. Jaiya Abu, Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perundangan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan selama satu (1) hari di FABU dan Blok N24, UTM. Program ini bertujuan untuk memperkaya pengetahuan semasa dan pengalaman akademik para pelajar dan staf akademik serta memperkukuhkan jaringan kolaborasi antara FABU UTM dengan JKPTG dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan tanah di Malaysia.

Berita selanjutnya di : https://news.utm.my/ms/2024/06/syarahan-umum-fabu-bersama-industri-memperkaya-pengetahuan-pelajar-dan-staf-akademik-kukuhkan-hubungan-bersama-industri/