by webmaster | Oct 19, 2020
Join and support our FABUlous buddies TPr Dr. Siti Hajar Misnan, Sr Dr. Muzani Mustapa and Sr Dr. Zuhaili Mohamad Ramly for their final pitching session under the Leadership Acceleration (ACCER) Programme organised by
UTMLead – UTM Academic Leadership
in conjunction with UTM Leadership Symposium 2020.
by webmaster | Oct 13, 2020
PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA KEMASUKAN MAHASISWA BAHARU SESI 2020/2021
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada seluruh warga Universiti Tekonologi Malaysia (UTM).
Alhamdulillah, semester baharu 2020/2021 telah pun bermula dan semuanya dalam suasana norma baharu. Mahasiswa antarabangsa dan tempatan telah pun memulakan sesi pendaftaran secara dalam talian sejak minggu lalu. Sesi pendaftaran ini akan berakhir pada 16 Oktober 2020. Kesibukan ini, walaupun secara dalam talian, pasti menambahkan keceriaan kepada semua warga UTM dengan kedatangan semester baharu.
Kepada semua mahasiawa baharu (mahasiswa tempatan mahupun luar negara) yang baru mendaftar di UTM, Selamat Datang ke UTM! Walaupun dalam keadaan normal baharu, diharapkan para pelajar bersedia untuk meneroka pengalaman baharu dalam menimba ilmu di institusi pengajian tinggi. Tidak dilupakan juga kepada mahasiswa kanan, selamat kembali meneruskan pengajian. Pasti saudara saudari rindu untuk kembali ke kampus dan menemui para pensyarah dan rakan-rakan.
Pasa sesi kali ini, seramai 3,500 pelajar prasiswazah dan 1,300 pelajar pasca siswazah dijangka akan mendaftar di UTM. Ini meliputi seramai lebih 400 pelajar antarabangsa yang telah mendaftar secara dalam talian.
Kepada seluruh warga UTM, marilah kita raikan para mahasiswa baharu ini dengan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti. Ini menerusi ekosistem layanan dan interaksi disemua saluran komunikasi utama sama ada di media sosial, laman web serta dalam talian.
Diharapkan semua kemudahan dalam talian seperti capaian dokumen, platform pengajaran dan pembelajaran (PnP) dapat disediakan pada tahap terbaik bagi memastikan proses PnP ini berjalan lancar. Ini seterusnya mengambil kira kualiti dan mutu pengajaran pada tahap terbaik sesuai dengan keperluan dan standard akreditasi.
Akhir kata, marilah kita sama-sama berganding bahu tanpa mengira fakulti dan jabatan untuk mengambil peranan masing-masing dan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan secara total.
Kerana Tuhan untuk manusia.
Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail
Menjalankan Tugas Naib Canselor.
by webmaster | Oct 11, 2020
by webmaster | Sep 20, 2020
Taklimat Pelaksanaan Program Pembangunan Pelajar Holistik Pasca PKP anjuran Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Taklimat ini boleh diikuti di Webex Online seperti berikut:
Meeting link: https://utm.webex.com/utm/j.phpโฆ
Meeting number: 170 350 7934
Password: 12345
Host key: 129851
Semua staf/ pelajar dijemput hadir.