Seramai 36 pelajar Tahun 1, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), batch INVICTUS, telah dengan jayanya mengikuti Program Perkhemahan Motivasi First Year Experience (FYE) 2018 pada 4-6 Oktober 2018 di Hutan Rekreasi UTM. Program ini bertujuan menerapkan kefahaman kepada pelajar baharu mengenai program pengajian, prospek kerjaya, aspirasi jabatan dan UTM, penerapan kemahiran insaniah dan mengeratkan jalinan ukhuwah dengan pelajar senior dan pensyarah. Sebanyak 5 Modul FYE yang bertajuk Sistem Sokongan UTM, Sistem Semester, Atribut Graduan, Penasihatan Akademik dan Kemahiran Belajar telah disampaikan kepada pelajar sepanjang 3 hari 2 malam program berlangsung.

Penganjuran FYE ini di bawah seliaan tiga (3) penyelaras Studio 1, TPr. Dr. Siti Hajar Misnan, Dr. Nabila Abdul Ghani dan Gs. Dr. Noradila Rusli beserta sokongan fasilitator pelajar Tahun 2 yang diketuai oleh Nur Amira Mohamad Zin. Kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar termasuklah Team Building, Night Walk, Jungle Tracking, Explorace dan Cultural Night. Acara tradisi Cultural Night and BBQ tahun ini bertemakan Filem Genre telah mencapai sasarannya bagi mengeratkan ukhuwah antara pelajar baharu dengan pensyarah, pelajar-pelajar senior dan alumni JPBW.

Program hari terakhir diisi dengan sesi bersama Penasihat Akademik, Dr. Gabriel Ling Hoh Teck dan Gs. Dr. Noradila Rusli serta sesi bersama Penyelaras PEWIBAWA, Dr. Noor Aimran Samsudin. Program diakhiri dengan sesi Ceramah Kerjaya Perancang Bandar Bersama Alumni dari Sektor Awam dan Swasta yang telah disampaikan oleh En. Safwan bin Shaari, Pegawai Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Gs. Md Suzaini Kasman, Pengarah Urusan Betaworks Sdn. Bhd.

Setinggi penghargaan diucapkan atas sokongan semua pensyarah JPBW, pengelibatan alumni sebagai penceramah jemputan, kerjasama pihak UTM Ecotourism Campus, Modul 1-5 dari Pejabat Pengajian Prasiswazah dan sokongan padu dari pelajar senior batch QAISER, PADI, TENAC, RABAK, BAYANG dan LEGASI.