Musim durian kembali lagi, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah mengadakan Program Kenduri Durian Sekampung FABU pada 27 Jun 2024 di Dataran Harmonis Fakulti Alam Bina dan Ukur.

Program ini telah mendapat sambutan terutama dari penggemar raja buah yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati dan merasai buah durian dari pelbagai jenis yang didatangkan dari Pontian.ย  Profesor Sr Dr Kherun Nita binti Ali, Dekan FABU amat menyokong pelaksanaan program ini kerana ianya dapat mempereratkan kebersamaan semua warga.

Fakulti merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini terutama kepada YBrs Dekan, Profesorย  Mohammad Rafee bin Majid dan Gs Dr Noradila Rusli@Ruslikย  dari Kumpulan Penyelidikan Low Corban Asia.

Untuk rekod FABU juga telah mengadakan program seperti ini pada tahun-tahun sebelum nya dan ianya diteruskan pada tahun ini.