Seramai 30 orang pelajar dari Shenzhen Polytechnic dan UTeM telah datang melawat ke FABU pada 7 Ogos 2019 yang lepas. Tempat lawatan pertama adalah di Galeri FABU, B02. Dekan FABU, Prof. Dr. Mohd Hamdan bin Ahmad telah mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar tersebut dan Penolong Dekan (Hubungan Luar & Global), Sr Dr. Zuhaili Mohamad Ramly telah memberi penerangan dan sedikit latar belakang tentang FABU serta membawa pelajar-pelajar tersebut membuat lawatan di sekitar fakulti seperti di Galeri FABU, Student’s Lounge dan KALAM.
Lawatan Pelajar dari Shenzhen Polytechnic dan UTeM
by webmaster | Aug 8, 2019 | Global Outreach Program, News, photo | 0 comments