Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM telah menganjurkan satu program Bicara Kerjaya bagi Graduan Kejuruteraan Geomatik yang telah disampaikan oleh pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA). Sesi bicara kerjaya ini adalah bertujuan untuk memberi persediaan kepada pelajar-pelajar Geoinformasi untuk menghadapi sesi temuduga terutamanya apabila ingin memohon sebagai juruukur di bidang kerajaan kelak.

Berita selanjutnya di : https://news.utm.my/ms/2024/05/kerjasama-fabu-dan-jupem-jayakan-bicara-kerjaya-dalam-bidang-kejuruteraan-geomatik/