Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) telah melaksanakan aktiviti Gotong Royong Lestari 1.0 pada 27 Jun 2024 (Khamis) sekitar blok C02 hingga C06. Fokus utama adalah aktiviti plogging bagi membasmi nyamuk Aedes, cat dan kemasan serta aktiviti Brisk Walk.

Semua staf bergotong royong membersih dan mengutip sampah di sepanjang laluan sekitar blok terutama di kawasan yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes. Perabot-perabot lama yang kelihatan usang telah dicat baru dan dikemaskan lagi menjadikannya kelihatan cantik dan baru bagi meningkatkan lagi keselesaan dan keceriaan. Selain itu, staf telah mengambil inisiatif dengan meletakkan ubat (campuran ubat gegat dan belacan) di tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan monyet bagi mengurangkan gangguan haiwan tersebut yang sentiasa berkeliaran di sekitar bangunan FABU dan mengganggu keselamatan staf dan pelajar.

Turut diadakan juga pertandingan Cabaran Brisk Walk 10,000 langkah (Kategori Lelaki & Wanita) dimana ianya telah dimenangi oleh En. Anisham bin Mat Dom (5243 Langkah) dan Puan Ummi Syahidah bt Manaf (6877 langkah) manakala bagi cabaran plogging terberat pula dime nangi oleh En. Ngishak bin Khusairi (8.2kg).

Kesimpulannya, Program Gotong Royong Lestari 1.0 ini bukan sekadar aktiviti membersih dan mengindahkan kawasan persekitaran FABU sahaja, tetapi juga merupakan program yang mencerminkan semangat bekerjasama, kesepaduan dan kepedulian staf FABU untuk terus memelihara kebersihan, keindahan dan kesejahteraan fakulti serta mewujudkan persekitaran yang bersih untuk semua warga fakulti.