Makmal Teknologi Ukur
Pengenalan Makmal Teknologi Ukur merupakan makmal perkhidmatan dan pembelajaran yang lebih memfokuskan kepada pendedahan teknologi pengimbas laser. Pelajar yang menggunakan perkhidmatan Makmal Teknologi Ukur ini antaranya ialah pelajar Sarjana Muda tahun akhir dari jurusan Geomatik, Geoinformatik dan Remote Sensing serta pelajar Pasca Siswazah jurusan Geomatik khususnya. Alat pengimbas laser yang ada di makmal ialah Topcon GSL-2000 (Terrestrial Laser Scanner). Selain dari itu makmal ini juga dilengkapi dengan 1 unit High Performance Workstation dan 1 unit Trimble M3 (Total Station). Makmal Teknologi Ukur mempunyai 2 orang staf iaitu seorang Penolong Jurutera (J29) dan seorang Penolong Pegawai Latihan Vokasional (DV29) yang bertanggungjawab menguruskan makmal serta bepengalaman dalam pengendalian peralatan di makmal ini. Ahad – Rabu : 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 5.00pm Khamis : 8.00am – 1.00pm 2.00pm – 3.30pm Jumaat dan Sabtu : Tutup Cuti Umum : Tutup