Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat terkemuka, bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur Jalan Semarak pada 24 September 2020. Sesi ini dihadiri oleh empat Panel Penasihat Industri yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni bina, mereka terdiri daripada Dato’ Ar Nur Haizi Binti Abdul Hai, Dato’ Ar Ezumi Harzani bin Ismail, Ar Saifudin bin Ahmad dan Ar Jasmeet Pal Singh Sidhu bersama staf akademik, pentadbiran dari program Senibina. Sesi dialog ini berjaya memenuhi pelbagai aspek objektif program. Ia dapat merangkumi perkara-perkara seperti memperoleh nasihat mengenai relevansi kurikulum seni bina supaya sesuai dengan keperluan industri semasa; membincangkan cabaran kritikal di pasaran yang berkaitan dengan disiplin seni bina profesional dan persekitaran binaan; mendapatkan nasihat mengenai pendekatan terbaik untuk pendedahan pelajar kepada amalan industri; mendapatkan nasihat mengenai cara membuat pautan yang mampu memudahkan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan; meminta nasihat mengenai kaedah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara program seni bina profesional dengan industri nasional dan antarabangsa untuk memenuhi keperluan badan profesional; mendapatkan nasihat mengenai cara membuat pautan yang dapat memfasilitasi kerjasama penyelidikan antara program seni bina dengan industri. Sesi dialog yang berlangsung selama sehari ini dapat memberi faedah bersama kepada kedua-dua belah pihak dan sangat bermanfaat untuk pembangunan program seni bina serta perancangan penggantian di masa hadapan. Semoga pelbagai sesi bersama panel industri penasihat yang dilantik dapat dijalankan pada masa akan datang untuk memastikan kualiti program Senibina dari segi menghasilkan graduan yang mencapai matlamat pasaran dan kurikulum untuk masa hadapan.
Badan Kebajikan Staf Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) telah menganjurkan program Kembara Warisan Alam Bina @ Pantai Timur yang telah diadakan pada 15 September 2020 hingga 19 September 2020. Program ini telah melibatkan pelbagai lokasi di Cameron Highland, sebilangan daerah di negeri Kelantan dan Terengganu. Seramai 33 orang peserta terdiri daripada staf, pesara staf dan juga keluarga staf telah menyertai program ini. Program Kembara Warisan Alam Bina @ Pantai Timur adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada warga fakulti dalam mengenali warisan dan budaya penduduk pantai timur.
Beberapa tempat menarik telah dilawati di Cameron Highland seperti kebun teh di Cameron Valley, Kampung Taman Sedia, Kea Farm, MARDI dan Lavender Garden. Sementara di negeri Kelantan pula, rombongan telah melawat beberapa buah kawasan yang mempunyai sejarah tersendiri seperti Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah, Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) di Rantau Panjang dan Cerana Villa Floating Market di Pengkalan Datu. Di Terengganu pula, rombongan telah mengunjungi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Masjid Kristal dan beberapa buah gerai yang menjual keropok losong.
Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini telah menjadi salah satu aktiviti yang berjaya membina jaringan ukhuwah yang lebih kuat antara staf dan memperluaskan lagi pengetahuan tentang kebudayaan negeri-negeri pantai timur.
15 September 2020 – Workshop on 3D Laser Scanning was held at Convention Hall, Faculty of Built Environment and Surveying. Research members from Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu and Universiti Teknologi Mara were participated in this workshop to gain knowledge of 3D laser scanning historical artifacts. This one-day workshop was beneficial to the participants in the collaborative research grant, 3D Reconstruction of Historical Fragments Using Advanced Mathematical Approach.
14 September 2020 – Majlis Pelancaran dan Taklimat Sistem Pengurusan Kualiti (SPK-UTM) telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd. Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur diiringi oleh YBhg. Prof. Dr. Kasturi Devi Kanniah, Penolong Dekan (Kualiti & Strategi). Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua staf FABU. Taklimat berkenaan SPK-UTM telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mat Naim bin Abdullah @ Mohd Asmoni, Timbalan Pengarah Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTMQRIM).
Bengkel Penggalak Inovasi Staf Sokongan FABU telah diadakan selama 2 hari pada 7 hingga 8 September 2020 yang lepas bertempat di Dewan Konvesyen FABU. Puan Hanifah binti Ahmad (Timbalan Pendaftar, Pejabat TNCAA) dan Prof. Madya Dr. Abdul Rashid bin Husain (Pengarah UTM XCITE) telah dijemput sebagai penceramah untuk berkongsi ilmu tentang inovasi perkhidmatan dalam organisasi kepada semua staf yang terlibat. Bengkel ini bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan dalam kalangan staf Fakulti Alam Bina dan Ukur.
Bengkel Semakan Kurikulum Program Pascasiswazah telah diadakan pada 3 September 2020 yang lepas bertempat di Dewan Konvesyen Fakulti Alam Bina dan Ukur.