Program Kerjasama Antara FABU dan MCM Value Sdn. Bhd.

Program Kerjasama Antara FABU dan MCM Value Sdn. Bhd.

3 program kerjasama antara FABU dan MCM Value Sdn Bhd telah dijalankan serentak pada 2-3 April 2019 bertempat di FABU. 3 program tersebut ialah Majlis Menandatangani MoU antara FABU dan MCM Value Sdn Bhd, Syarahan Professor dan Mesyuarat Lembaga Pengajian Pasca Siswazah Ukur Bahan telah diadakan di FABU. Turut hadir ke program ini ialah Prof. Emeritus Sr. Omar Munir dan Prof. Sr Dr. Mohd Mazlan Che Mat selaku Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.

more photos (click here)

FABU UTM Kongsi Ilmu Pemanasan Global melalui Program Mitigasi Perubahan Iklim

FABU UTM Kongsi Ilmu Pemanasan Global melalui Program Mitigasi Perubahan Iklim

Masyarakat sering terdedah dengan kesan pencemaran alam sekitar yang acapkali berlaku sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, masyakarat harus diberi pendedahan mengenai punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ini berlaku dan punca pemanasan global ini berlaku. Isu pemanasan global merupakan agenda yang perlu diketengahkan kepada masyarakat umum dan ianya tidak terhad kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja.

Pasukan Climate Change, Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan satu program Mitigasi Perubahan Iklim Libatsama Komuniti sejak tahun 2016 yang mengkhususkan kepada masyarakat khususnya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Melalui gabungan pelbagai teknik pembelajaran seperti tayangan video dan permainan berasaskan punca dan kesan pemanasan global, serta kaedah untuk mengurangkan pemanasan global daripada terus berlaku, pelajar-pelajar diberi pendedahan secara hands-on kepada isu ini. Program yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat Tanjung Piai, Pontian, Johor ini merupakan program ke 12 oleh pasukan Climate Change FABU UTM.

Seramai 125 orang pelajar SRK Sri Serkat dan lebih 10 orang guru terlibat dalam program ini dan dari pihak UTM diketuai oleh Sr Dr. Othman bin Zainon, 3 orang pensyarah dan 17 orang sukarelawan UTM telah menjayakan program kali ini. Majlis Penutup Program telah disempurnakan oleh Puan Zaiton bin Selamat. Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat Tanjung Piai, Johor. Antara permainan yang dilaksanakan adalah padanan gambar, teka silangkata, dan permainan kitar semula. Semua permainan ini dikaitkan dengan isu semasa berkaitan pemanasan global, dan bagaimana pelajar-pelajar ini mampu menjadi agen kepada pengurangan kesan kepada pemanasan global.

Secara keseluruhan, program ini telah mencapai hasrat Pasukan Climate Change UTM yang komited dalam memberi pencerahan dan pendedahan awal mengenai perubahan iklim, astronomi dan teknologi geospatial disesuaikan dengan perkembangan semasa Malaysia.Dengan kelangsungan program ini dapat memberi impak praktikal kepada pelajar sekolah menengah khususnya dalam pembelajaran sains, teknologi, matematik, teknologi maklumat dan hubungkait fenomena alam dengan kehidupan manusia sejagat.Fenomena perubahan iklim, penggunaan teknologi semasa dan aplikasi inovasi dalam pengukuran arah kiblat, air pasang besar, gerhana matahari, supermoon yang berlaku telah diterapkan secara langsung kepada para pelajar dan komuniti setempat secara praktikal.

more photos (click here)

Lawatan Audit Anugerah Kualiti Akademik (AKA) 2018

Lawatan Audit Anugerah Kualiti Akademik (AKA) 2018

Anugerah Kualiti Akademik (AKA) bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada Fakulti yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti akademik yang cemerlang. AKA adalah dibawah urusetia Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRiM) . Seramai 4 orang panel audit bertanggungjawab untuk meninjau dan melihat Keberkesanan Pengurusan Proses Kerja untuk AKA di FABU.

Mesyuarat Lembaga Pengajian Ukur Bahan

Mesyuarat Lembaga Pengajian Ukur Bahan

Mesyuarat Lembaga Pengajian Ukur Bahan untuk membentangkan cadangan silibus baru Program Master of Science in Construction Commercial Management yang akan bermula pada sesi 2019/2020. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia iaitu Prof. Dato Sr Aziz Abdullah dan Prof Sr Dr. Abd Ghani Khalid serta JK Silibus Master CCM 2.0 yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Ukur Bahan, FABU

Program Anak Angkat Isi & FABU UTM Berjaya Mencetus Komuniti Berdaya

Program Anak Angkat Isi & FABU UTM Berjaya Mencetus Komuniti Berdaya

Program Pemindahan Teknologi, Pengetahuan dan Anak Angkat Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong 2019 usaha bersama Institut Sultan Iskandar (ISI), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), serta Pusat Kursus Umum dan KoKurikulum (CCSL), yang berlangsung 28 hingga 31 Mac 2019 telah berjaya menjadi pencetus komuniti berdaya; sekali gus membantu pencapaian matlamat Program Rejuvenasi Pangsapuri Bukit Puchong wawasan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Kemeriahan program pada kali ini yang berlangsung sempena cuti sekolah selama 4 hari 3 malam bermula Khamis lalu membuktikan bahawa pihak komuniti ini amat mengalu-alukan kehadiran 60 orang mahasiswa UTM sebagai anak angkat kepada 21 keluarga. Program Anak Angkat yang sokong oleh Pusat Khidmat DUN Seri Serdang ini berjaya memanafaatkan 560 isi rumah dari aktiviti khidmat komuniti yang merupakan sebahagian daripada usaha transformasi masyarakat berpendapatan rendah di sana.

Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib, Ketua Projek Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong dari Institut Sultan Iskandar Kuala Lumpur yang ditemui semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah berkata, Program Anak Angkat yang kedua diadakan ini, terbukti sebagai satu kaedah yang sangat berkesan untuk memperkasa segenap lapisan komuniti menerusi pelbagai pengisian yang dipindahkan oleh pelajar-pelajar UTM sendiri. Kini komuniti Bukit Puchong dapat memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dikongsikan. Beliau berharap agar komuniti Bukit Puchong ini terus bersatu padu dan berdaya maju dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan program ini demi membina kejiranan yang lebih baik.

Sebanyak 28 aktiviti dan 11 bengkel dijalankan selama 4 hari berkenaan melibatkan setiap tujuh blok kejiranan. Kesemua aktiviti dan bengkel tersebut dikawal selia oleh Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud, selaku Pensyarah FABU dan Penyelia Kursus bagi pelajar UTM yang terlibat. Beliau berkata, faedah program ini adalah bersifat dua hala, yang mana bukan sahaja penduduk setempat memperoleh ilmu pengetahuan, malahan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran generik mereka selain mendapat peluang untuk melibatkan diri secara aktif sebagai ahli jawatankuasa program. Persediaan program ini memakan masa hampir dua bulan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah meliputi 8 teras utama seperti dinyatakan di dalam Dasar Komuniti Negara 2019 yang dilancarkan oleh Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Februari lalu. Teras utama yang dimaksudkan ialah infrastruktur dan penyelenggaraan; kebersihan, alam sekitar dan kesihatan; keselamatan; pendidikan dan kemahiran; keprihatinan terhadap kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, ibu tunggal dan daif; keusahawanan dan perniagaan sosial; perkhidmatan sosial; serta sukan dan rekreasi.

Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong mendapat pengiktirafan tarafan impak lima bintang oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM; serta menjadi rujukan pembangunan perumahan kos rendah lain di MPSJ; juga rujukan kepada Program Bangsa Johor Bahagia di bawah naungan DYMM Rajaย Zarithย Sofiah, Permaisuri Johor.

more photos (click here)