


FABU Anjurkan Hari Bersama Alumni Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah 2019
Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) melalui Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, telah menganjurkan program “Hari Bersama Alumni Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah 2019” yang bertemakan Laluan Kerjaya bertujuan agar pihak alumni dapat memberi input kepada para pelajar dalam persediaan menghadapi dunia pekerjaan.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Dekan Fakulti Alam Bina & Ukur, Prof. Ts Dr Mohd Hamdan Ahmad.
Menurut Prof. Ts Dr Mohd Hamdan Ahmad, FABU amat berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran lima orang Alumni yang terdiri daripada Puan Azleena Azreen Binti Adian, Pegawai di Cahaya Jauhar Sdn Bhd, Encik Mohd Shahrizan Bin Sahid, Ketua Unit Pengurusan, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI), Puan Mastura Binti Mazlan, Eksekutif Kanan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd, Encik Mohd Nazeri Bin Awang, Pengurus Ladang di Felda Global Ventures Plantations Malaysia dan Encik Mohd Rashid Bin Abd Rahup, Penolong Pendaftar di Pejabat Pengajian Prasiswazah Universiti Teknologi Malaysia.
Menurut Penyelaras Program Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah, Dr. Norhidayah Md. Yunus, objektif program seperti ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan kerjasama pihak fakulti amnya dan Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah khususnya bersama alumni, membuka peluang kerjasama di antara pihak fakulti dan alumni, memberi pendedahan kepada pelajar dalam menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan kelak dan perkongsian ilmu pihak alumni bersama pelajar- pelajar.
Program ini disertai oleh pelajar-pelajar prasiswazah Tahun 2 dan Tahun 4 Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Seminar Bulanan PBW Bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Johor.
Seminar Bulanan Perancang Bandar & Wilayah bersama Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Dato’ Dr. Mohammad Ezanni b. Mat Salleh dengan tajuk ‘Kepentingan Memelihara Sungai di Negeri Johor’.

Congratulations Amirul Afiq Jamaluddin from Urban and Regional Planning Department on having been awarded BRONZE Award in i-InTeLEC 2019
Congratulations Amirul Afiq Jamaluddin, final year student from Urban and Regional Planning Department, Faculty of Built Environment & Surveying; on having been awarded BRONZE Award in i-InTeLEC 2019 exhibition and competition for the innovation “FLORISTIC: MOBILE AUGMENTED REALITY APPLICATION FOR PLANT SPECIES IDENTIFICATION”. This project also supervised by Gs. Dr. Noradila Rusli and Prof. Dr. Mohammad Rafee Majid.

Pelajar Ukur Bahan, FABU laksanakan projek Transformasi Bilik Darjah Pendidikan Abad Ke-21 di Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi
Bersempena dengan pelancaran Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) oleh Y.Bhg. Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada 13 April 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor yang lalu, seramai 15 orang pelajar dari program Sarjana Muda Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah bersama-sama menjayakan projek transformasi bilik darjah daripada bilik darjah biasa kepada bilik darjah berteraskan pendidikan abad ke-21.
Projek ini diselia oleh pensyarah kanan FABU, Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud dengan melaksanakan pendekatan pembelajaran servis akademik iaitu meliputi aspek pengenalpastian masalah, kajian SWOT, penyediaan proposal cadangan, perlaksanaan projek dan sesi refleksi. Perlaksanaan projek ini disokong oleh Pusat Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL), UTM. Pelajar telah menggunakan idea kreatif mereka untuk mentransformasi bilik darjah berdasarkan kepada kesesuaian pembelajaran terkini dan mengikut empat ciri utama atau 4C iaitu Kreativiti (Creativity), Komunikasi (Communication), Pemikiran Kritikal (Critical Thinking) dan Kolaborasi (Collaboration).
Antara transformasi yang dilaksanakan melibatkan penggunaan warna yang ceria, lukisan mural yang ringkas tetapi menarik, rekaan meja dan kerusi yang bersifat mudah alih bagi tujuan kolaborasi, ruang rehat sambil membaca, sudut pidato serta rak simpanan dan permainan minda. Hasil tinjauan terhadap pelajar sekolah terbabit mendapati mereka sangat teruja untuk menggunakan bilik darjah baru mereka manakala guru pula bersedia dengan teknik pengajaran yang menjurus kepada pembelajaran aktif dan inovatif.

Siri Syarahan Perdana Profesor bersama Prof. TPr Dr. Ibrahim Ngah
Siri Syarahan Perdana Profesor Nombor 96 bersama Prof. TPr Dr. Ibrahim Ngah dari Fakulti Alam Bina dan Ukur dengan tajuk syarahan Perancangan Luar Bandar Untuk Kesejahteraan Masyarakat.