by webmaster | Oct 6, 2019 | CSR, News, photo
4 Oktober 2019 – Majlis Perasmian Apps GeoPusara dan Penyerahan Tanda Arah Kiblat Bagi Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Ahmad, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU). Majlis turut dihadiri oleh Pengarah PLANMalaysia@Johor, Tn. Haji Mohd Faidzal Hamzah; Ustaz Mohd Rilizam Rosli, Penolong Pengarah Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Prof. Madya Dr. Johari Surif, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Universiti Teknologi Malaysia.
more photos click here..
by webmaster | Oct 3, 2019 | Conference & Seminar, News
Perasmian Seminar Pentadbiran dan Pembangunan Tanah 2019 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor anjuran Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan LANDS Research Group.
by webmaster | Oct 2, 2019 | event, Global Outreach Program, News, photo
Global Exchange Programme between UTM and Takezono High School dan Kumamoto College from 30 September to 1 October 2019 involving 150 students from Japan and 50 volunteers from UTM.
more photos click here..
by webmaster | Oct 1, 2019 | Award, event, News, Staff
Congratulations to Dr. Muhammad Najib Razali which has been named a 2019 Emerald Literati Award Winner. Emerald Publication which based in United Kingdom has introduced this award since 26 years ago have celebrated and rewarded the outstanding contributors of authors and reviewers by giving them the recognition and international credit.
by webmaster | Sep 30, 2019 | event, News, photo
Lakaran satu peristiwa penting bagi warga Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terukir apabila sebuah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara universiti ini dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah disempurnakan oleh wakil kedua-dua belah pihak.
Dalam majlis tersebut, UTM diwakili oleh Dekan FABU, Prof. Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad dan Setiausaha MBI, Tuan Mohd Zakuan bin Zakaria di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh.
MoU ini akan melibatkan kerjasama dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di mana melibatkan teknologi pembinaan dan rekabentuk struktur buluh sebagai bahan pembinaan semulajadi yang mampan.
Di samping itu juga, MoU ini akan membuka lebih banyak peluang untuk pertukaran idea dan kepakaran di dalam aspek pengurusan landskap untuk kedua-dua institusi.
Majlis ini dijalankan bersempena dengan program ESCAPE pelajar Senibina Landskap UTM Earth Society of Landscape Architecture selama 2 hari setengah yang telah mendapat sokongan dan kerjasama yang baik dari pihak Jabatan Landskap dan Rekreasi, MBI di bawah kelolaan LAr Meor Abdullah Zaidi bin Meor Zaidi Razali.
Program turut dimeriahkan dengan sambutan program Kesedaran Hari Habitat Sedunia anjuran KPKT di mana program Tanam Pokok dan “Waste to Wealth” telah dijalankan oleh pelajar-pelajar dari empat buah institusi yang menawarkan program Senibina Landskap iaitu UTM, UPM, UiTM dan UIA.
Semoga penglibatan pelajar di dalam program seumpama ini akan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan sisa pepejal dan keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar bagi melahirkan generasi rakyat yang lebih peka terhadap persekitaran yang mapan untuk kesejahteraan hidup.
more photos click here..
by webmaster | Sep 29, 2019 | News
62 students and 3 lecturers from Urban and Regional Planning Department of Engineering Faculty, Hasanuddin University, Makassar, Indonesia has visited Faculty of Built Environment & Surveying on 26th September 2019 to do field study program as an education requirement. The theme of the program is ‘Smart City’ .