Majlis Pelancaran Pembinaan Projek Rintis Ruang Kejiranan Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong

Majlis Pelancaran Pembinaan Projek Rintis Ruang Kejiranan Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong

Majlis Pelancaran Pembinaan Projek Rintis Ruang Kejiranan Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong telah dirasmikan oleh YBrs. Puan Noraini Roslan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 7 Oktober 2018, Ahad bertempat di Flat Bandar Bukit Puchong, Selangor. Program perintis ini merupakan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya, Institut Sultan Iskandar, dan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia dalam merejuvenasi perumahan kos rendah di Malaysia. Majlis pelancaran projek ini adalah bertujuan untuk melancarkan projek pilot pembinaan laman edibel dan kerja-kerja menaiktaraf landskap. Program ini telah disertai oleh seramai 40 orang pelajar dari program Ukur Bahan dan Pembinaan di bawah penyeliaan Dr Syamsul Hendra bin Mahmud. Majlis ini telah dihadiri oleh Prof. Dr Mohd Hamdan Ahmad, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof Madya Dr Gurupiah Mursib, Ketua Projek Rejuvenasi Flat Bandar Bukit Puchong 560 Puchong, Selangor, Prof. Dr. Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin, Pengarah Eksekutif ISI dan En Thomas Low Yew Sin, Ahli MPSJ.

More photo.. (click here)

Community Social Responsibility – Kampung Parit Jawa Ulu

Community Social Responsibility – Kampung Parit Jawa Ulu

15 SBEL students and 4 PhD students from Greenovation Research Group successfully completed two Community Social Responsibility (CSR) programs with children of Kg Parit Jawa Ulu. 30 primary school children attended 1. Doodling Arts, and 2. Ecology of Home Gardens. Teachers, Headmaster, Penghulu and Head of Village appreciated much on the programs on sharing of knowledge in arts and science to their children.

RM150 ribu dikumpul untuk Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017

RM150 ribu dikumpul untuk Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017

Prof. Wahid menerima sumbangan dari wakil EM Malaysia Group di Bilik Senat, Dewan Sultan Iskandar sambil diperhatikan oleh Dr. Yusof Boon (kiri) dan Pengarah Program, Dr. Mohd. Hisham Rashidi (kanan).

JOHOR BAHRU, 17 Ogos 2017 – Sebanyak RM150 ribu berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan warga kampus, pertubuhan, persatuan dan individu dari dalam dan  luar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menjayakan Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017.

Antara sumbangan yang diterima adalah daripada rakan strategik EM Malaysia Group, Sekolah Agama Rakyat Sri Seremban dan Pejabat Alumni UTM, Alumni Sekolah Alam Shah dan PERTISAS.

Naib Canselor Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja adalah antara inisiatif UTM untuk berkongsi kepakaran bagi membantu masyarakat di dalam dan luar negara.

Menurutnya, UTM bukan sahaja berfungsi sebagai agensi yang menyediakan pendidikan tinggi kepada masyarakat malah berperanan memberikan khidmat masyarakat kepada golongan yang memerlukan.

“Peranan ini selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk berkongsi kepakaran dan melahirkan mahasiswa yang mempunyai sahsiah yang menyeluruh dan juga bersifat kesukarelawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian sumbangan dan sijil kepada rakan strategik Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Sultan Iskandar tengah hari tadi.

Antara rakan strategik yang terlibat dalam program yang akan berlangsung di Kemboja adalah Yayasan Salam Malaysia, Media Prima (TV3), EM Malaysia Group, Sekolah Agama Rakyat Sri Seremban dan juga Alumni Sekolah Alam Shah.

Sementara itu, Pengarah Endowmen UTM, Prof. Madya Dr. Yusof Boon berkata,  antara aktiviti yang akan diadakan sempena Program Kembara Lestari Komuniti Kemboja yang akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 3 September adalah membina 20 telaga tiub, melakukan ibadah korban dengan menyembelih 50 ekor lembu an berkhatan.

“Program berkhatan akan diadakan di Kampung Khleang Sbek dan Koh Sohtin membabitkan 80 peserta yang akan dikendali oleh Pusat Kesihatan UTM yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Ismail Ahmad.

“Tujuan utama program ini adalah untuk membantu masyarakat Kemboja dengan  menyalurkan sumbangan daripada warganegara Malaysia yang prihatin menerusi Tabung Endowmen UTM,” katanya.

Beliau berkata, Tabung Endowmen UTM  bukan hanya untuk membantu mahasiswa UTM, tetapi juga dengan kehendak penyumbang wang sumbangan boleh digunakan untuk tujuan khusus seperti membantu masyarakat di Kemboja.

Timbalan Pengarah Projek, Shahrin Hashim berkata, Kampung Khlaeng Sbek dipilih bagi meneruskan kesinambungan program Serivce Learning untuk membangunkan kampung budaya lestari yang telah dimulakan sejak 2013.

“Antara projek pembangunan yang telah dilaksanakan UTM adalah membangunkan Pusat Informasi dan Galeri Kampung Khleang Sbek, Pusat Usahawan Perniagaan Darul Sakinah, Pusat Jahitan Komuniti serta aktiviti pembelajaran bahasa Inggeris untuk kanak-kanak.

“Kami juga telah melaksanakan penambahbaikan kemudahan sekolah, kajian kualiti air bersih, pemeriksaan dan rawatan kesihatan dan pembinaan telaga tiub,” katanya.

Source: RM150 ribu dikumpul untuk Kembara Lestari Komuniti Kemboja 2017 | Hub Berita

5 staf UTM ke Kemboja promosi Service Learning

5 staf UTM ke Kemboja promosi Service Learning

JOHOR BAHRU, 3 Julai 2017 – Seramai lima staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di Kemboja selama tiga hari mulai 19 Jun lalu bagi mempromosikan pendekatan Service  Learning dalam gagasan Akademia Baru dan libatsama dalam jaringan projek komuniti di negara berkenaan.

Mereka terdiri daripada Pengarah Unit Endowmen UTM, Prof. Madya Dr. Yusof Boon, Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina (FAB) Dr Mohd Hisyan Rasidi, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan (FP) Shahrin Hashim, Pensyarah Kanan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah (FGHT), Dr Robiah Suratman, Pegawai Penyelidik FTGHT, Nordaliza Zulkifli dan Pegawai Eksekutif, Pusat Kursus Kokurikukulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) Romli Othman.

Penyelaras Program, Shahrin Hashim berkata, semasa berada di sana mereka turut meninjau peluang bagi mencari rakan kolaborasi dan strategik yang baru dalam mengumpul dana untuk program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR).

Beliau berkata, menerusi kerjasama Duta Besar Malaysia di Kemboja, Dato Sri Hasan Malek pihaknya mengadakan perbincangan dengan wakil dari lima buah bank Malaysia yang beroperasi di sana.

“Pertemuan itu diatur oleh pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja membolehkan UTM memberi penerangan mengenai perkembangan terkini program USR di Kampung Khleangsbek.

“Taklimat itu bertujuan mendapatkan dana bagi membiayai fasa seterusnya  Projek Pelestarian Komuniti Lestari Berimpak Tinggi yang telah dilaksanakan di kampung berkenaan sejak 2013,” katanya.

Shahrin berkata, pada pertemuan yang diadakan di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Dr. Yusof turut mempromosikan Dana Endowmen antarabangsa kepada wakil bank.

Beliau berkata, pihaknya berkesempatan menyampaikan sumbangan barangan untuk keperluan hari raya dan tunai bernilai lebih RM30,000 yang diberikan oleh penderma dari Malaysia menerusi aktiviti ziarah Ramadhan di beberapa buah Kampung Muslim di Wilayah Kampung Chnang, Kampung Kandal dan Phnom Penh.

Sumber: 5 staf UTM ke Kemboja promosi Service Learning | Hub Berita