Majlis Pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia

Majlis Pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia

Program Bangsa Johor Bahagia (BJB), yang diilhamkan DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor menunjukkan keprihatinan Baginda berdua dalam membantu meningkatkan kualiti hidup golongan kurang kemampuan di bandar. Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah mula membincangkan inisiatif murni ini sejak tahun lalu.

Pada hari ini (17 Mac), majlis pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia telah disempurnakan oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Raja Zarith Sofiah bertitah, Program Bangsa Johor Bahagia bukan sahaja dapat mewujudkan sebuah kawasan kediaman yang lestari, malah diyakini mampu membendung masalah sosial dalam kalangan generasi muda, di samping membentuk masyarakat yang pro-aktif. Projek perintis itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor yang berganding bahu bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta UTM.

Projek itu dilaksanakan dan disusun mengikut dua fasa bersama penduduk Flat Kangkar Pulai, di mana aktviti bagi fasa pertama telah dilaksanakan pada September dan Oktober 2018, manakala aktiviti fasa kedua sedang dilaksanakan bermula Mac 2019 dan dijangka selesai Mei 2019. Dalam menyokong matlamat dan aspirasi projek perintis Bangsa Johor Bahagia, UTM juga membangunkan empat program iaitu program komuniti berjaya, program fasiliti komuniti sejahtera, program persekitaraan kejiranan lestari dan program komuniti digital beretika.

Mahasiswa UTM Santuni Warga Emas Kampung Tanjung Serindit

Seramai 40 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpeluang menyantuni penduduk warga emas di Kampung Tanjung Serindit, Kota Tinggi apabila mereka menyertai sebuah Program Khidmat Masyarakat yang dinamakan ‘CSR Warga Emas D’Serindit’.

Program ini merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah (PEHARTA) UTM dan Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) UTM dengan kerjasama pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),

Program ‘CSR Warga Emas D’Serindit’ yang berlangsung selama sehari ini bertujuan untuk melahirkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan disamping memberi sokongan moral kepada warga emas di sana.

Program ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk merapatkan lagi hubungan dengan golongan warga emas selain membantu untuk membersihkan kawasan rumah warga-warga emas yang terpilih yang melibatkan lapan buah rumah warga emas yang berumur antara 70an hingga 90an.

Pelajar yang terlibat terdiri daripada 20 orang pelajar daripada PEMETA dan 20 orang pelajar PEHARTA dan diiringi oleh Dr Shazmin Shareena Ab. Azis selaku Penasihat Persatuan PEHARTA.

Selain daripada membersihkan kawasan rumah warga emas yang terpilih, pihak KEJORA juga telah menyediakan 16 batang anak pokok kelapa mawar di mana sebuah rumah akan menanam dua batang pokok tersebut di sekitar halaman rumah mereka sebagai tanda penghargaan.

Turut diberi peluang juga oleh pihak Kampung Tanjung Serindit untuk bersiar-siar melihat keindahan kampung dengan menaiki bot dan bersantai di Rumah Rakit Ikhwan yang berdekatan dengan kampung tersebut.

Hasil maklum balas daripada pelajar-pelajar yang terlibat berasa bertuah kerana terpilih menyertai program ini kerana dapat memberikan bantuan dan sumbangan tenaga kepada golongan yang memerlukan dan berharap agar dapat lagi bekerjasama dengan pihak KEJORA dalam menjalankan program khidmat masyarakat pada masa akan datang.

Program ini disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, Encik Norazman Bin Othman diiringi oleh Encik Salem Bin Md Osman merangkap Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, KEJORA.

Pada masa yang sama, turut menjayakan program ini adalah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tanjung Serindit yang terdiri daripada Tok Md Faizul Bin Md Fadhzil selaku Penghulu Mukim Tanjung Surat, Tuan Haji Kamsani Bin Abdul Rahman merangkap Ketua Kampung Tanjung Serindit, Encik Mohd Hizan Bin Joalis selaku penggerak Kampung Tanjung Serindit, dan Haji Mohd Asry Bin Kulop Abdul Raof merangkap sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur Kampung Tanjung Serindit.

PROGRAM REJUVINASI USAHASAMA ISI UTM DAN MPSJ BERJAYA MEMBERDAYAKAN KOMUNITI BUKIT PUCHONG

PROGRAM REJUVINASI USAHASAMA ISI UTM DAN MPSJ BERJAYA MEMBERDAYAKAN KOMUNITI BUKIT PUCHONG

KSU KPKT Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek menyerahkan Sijil Penghargaan kepada YDP MPSJ TPr Noraini Roslan

KENYATAAN AKHBAR

PUCHONG INDAH, 17 Februari 2019 – Usaha sama Institut Sultan Iskandar (ISI), UTM dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam Projek Rejuvinasi Pangsapuri Kos Rendah Bandar Bukit Puchong (PBBP) yang dilancarkan pada 30 Jun tahun lalu telah membuahkan hasil apabila Komuniti PBBP berjaya mempamerkan impak rejuvinasi yang di luar jangkaan. Program ini telah mendapat perhatian sebagai satu contoh model pemberdayaan komuniti perumahan kos rendah yang berjaya, demikian reaksi dari pengunjung pameran Rejuvinasi sempena Pelancaran Dasar Komuniti Negara 2019 yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad di Taman Puchong Indah pada 17 Februari 2019 yang lalu. Antara dif-dif yang hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin, dan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Antara yang dipamerkan adalah poster impak sebelum dan selepas rejuvinasi, produk perabut kayu palet, hasil kebun komuniti, serta komunitinya yang bersemangat tinggi. Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, diiringi peneraju utama projek rejuvinasi MPSJ, Yang Dipertua  TPr Noraini Roslan dalam kunjungan rasmi ke booth pameran berpuas hati dengan prestasi rejuvinasi. YB KSU menyatakan rasa bangga beliau apabila melihat hasil rejuvinasi serta kreativiti perabut kayu palet yang telah dihasilkan oleh komuniti BP dan mengingatkan seluruh warga komuniti agar turut menggabungkan aspek kerohanian selain daripada aspek sosial dan fizikal yang diterapkan di  dalam aktiviti-aktiviti yang telah direncanakan. YDP Noraini menyatakan inilah satu aspek mampan Program Rejuvinasi yang kini diletakkan sebagai projek rujukan berimpak tinggi untuk diterapkan di perumahan lain oleh MPSJ. Sementara itu ADUN Sri Serdang, YB Dr Siti Mariah Mahmud yang turut membuat kunjungan khas menyatakan kesediaan untuk terus menyokong program ini dengan dana tambahan bagi program khidmat komuniti seterusnya. Beliau telah meletakkan kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada seluruh warga pangsapuri  Bandar Bukit Puchong agar terus bersatu dan berdaya maju dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan program ini. Pameran juga telah membuka mata kepada beberapa pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Penduduk Zon untuk melaksanakan projek sebegini di kawasan masing-masing.

Ketua Projek Prof Madya Dr Gurupiah Mursib dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk BP Cik Siti Hajar memberi penerangan program Rejuvinasi kepada KSU KPKT Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek

Kunjungan khas dari ADUN Sri Serdang, YB Dr Siti Mariah Mahmud

Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib selaku Ketua Projek dari Institut Sultan Iskandar UTM menyatakan strategi projek rintis menaik taraf ruang bawah blok C, program ukhuwah dan gotong-royong, lawatan kajian kes, bengkel pertukangan, laman edibel dan lain-lain  telah berjaya meniupkan semangat perubahan kepada komuniti BP. Program Anak Angkat UTM, kendalian Dr Syamsul Hendra Mahmud dengan kerjasama pelajar program Sarjana Muda Ukur Bahan dan Sarjana Muda Sains (Pembinaan), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM juga telah memberi impak besar kepada penyatuan di kalangan komuniti ini ke peringkat akar umbi. Program ini telah didaftarkan dalam tiga projek khidmat masyarakat Pusat Jaringan Komuniti Industri UTM dan satu darinya telah mendapat pengiktirafan taraf 5 bintang.

Sila hubungi:
Prof Madya Dr Gurupiah Mursib (0137520051)
Ketua Program Rejuvinasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong
Institut Sultan Iskandar
Blok J1 UTMKL
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur

ILAM TECHNiCAL EXCURSION Indigenous Green @ Cameron Highlands

ILAM TECHNiCAL EXCURSION Indigenous Green @ Cameron Highlands

A technical excursion with Indigenous Green as a focus was held at Cameron Highlands from 24th – 26th Jan 2019. This program was a success due to a good teamwork and collaboration between the Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) Southern Chapter, MajlIs Bandaraya Ipoh (MBI) and Research Group Heritage Landscape (HELA) UTM. UTM Landscape Architecture Department representative, LAr Dr Sapura Mohamad, LAr Dr Hamidah Ahmad and LAr Dr Zanariah Jasmani were among the secretariats/ navigators in this 3- day program. The excursion explored stormwater management, indigenous farming and traditional methods in Cameron Highlands. This program also targeted at Three schools competing in completing herbarium collection to encourage Cameron Highlands indigenous plants collection.

Research Collaboration Between Greenovation Research Group with Primary School Kampong Jawa in Pontian

Research Collaboration Between Greenovation Research Group with Primary School Kampong Jawa in Pontian

On 17 October 2018, Sarah Al Norazlan, PhD candidate at Greenovation Research Group, conducted her data collection on the study of ECOLOGICAL LITERACY OF MIDDLE CHILDHOOD CHILDREN ON RURAL-HOME ENVIRONMENT. She was well assisted by Mega Suria Hashim, Azmiah Abd Ghafar, Joharudin Samion, Irfan Suria, Amalina SsMfauzi, Arti Manikam, Rohana Mohd Firdaus and Janatun Yusof. The study site is at Kg Jawa Hulu in district of Pontian. This gathering with school children was considered by the school management as a natural learning lesson for the pupils.