TAHNIAH kepada pemenang Pertandingan Rekabentuk Senibina Identiti Kebangsaan 2017 anjuran Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Tempat pertama dimenangi oleh Qamarul Syafiq bin Mazlan yang memenangi RM5000 dan tempat Kedua dimenangi oleh Nur Azdli bin Mohamed Noor yang membawa pulang RM3000.
Pertandingan Rekabentuk Senibina Identiti Kebangsaan 2017 adalah untuk mengenal pasti tahap pemikiran mahasiswa serta penyelia mereka dalam pentafsiran hasrat senibina yang beridentitikan kebangsaan sebagaimana yang digariskan dalam deraf Dasar Senibina Identiti Kebangsaan. Penganjuran pertandingan ini juga bermatlamat untuk mengenalpasti kesungguhan pihak pengurusan pusat pengajian tinggi berkenaan dalam menyokong usaha dan hasrat penzahiran senibina yang beridentitikan kebangsaan Malaysia. Penyertaan pertandingan ini dibuka kepada mahasiswa pengajian senibina dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta di mana programnya telah mendapat pengiktirafan daripada LAM.
Sesi penilaian telah diadakan pada 9 Mac 2018 di Pejabat LAM yang panelnya terdiri daripada:
1. Ar. Zairul Azidin Badri (Presiden Lembaga Arkitek Malaysia) 2. Ar. Ezumi Harzani Ismail (Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia) 3. Ar. Yap Seng Chye, Chris (Presiden Pertubuhan Perekabentuk Dalaman Malaysia) 4. Ar. Dr. Mastor Surat (Ahli Jawatankuasa Senibina IDentiti Kebangsaan, LAM) 5. Ar. Hijjas Kasturi (Hijjas Kasturi Associates Sdn.)
Sekali lagi diucapkan setinggi tahniah kepada para pemenang.
Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Syamsul Hendra Bin Mahmud di atas penganugerahan PhD yang telah mendapat kelulusan Senat pada 10 Januari 2018. Fakulti Alam Bina mengucapkan setinggi tahniah di atas kejayaan ini dan semoga terus berusaha mengharumkan nama fakulti ini.
Tahniah kepada semua peserta dan pemenang Undergraduate Research Project Poster Exhibition & Competition 2017 yang berlangsung pada 7 Disember 2017 di Dewan Konvensyen B12.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) won the first and second prize in Kuala Lumpur Orchids and Bonsai show 2017 hosted by Kuala Lumpur City Hall or DBKL at Taman Pudu Ulu, Cheras. There are three competition teams with a group of five (5) students who are the fourth year, third year and second-year students from Landscape Architecture Department, Faculty of Built Environment was coordinated by Dr Lee Yoke Lai together with two supporting staff (En. Hassan bin Sahat and En. Mohd Azahari bin Md Amin).
All participants have to construct the designed garden from 28 to 30 November 2017. Two teams with the design concept: ‘The Reflexia and Meraki’ won the first prize and second prize competing with five (5) other groups. Both UTM teams have selected colourful orchids integrated with the competition theme ‘warna-warniMalaysia’ to create an interesting and unique garden layout that symbolised multi-ethnics, diverse cultural and peaceful in Malaysia. Another UTM team will be awarded a consolation prize which interpreted “Laman Ikatan Citra” to emphasise the beauty of orchid’s garden design.
The prize-giving ceremony was held on 3rd December 2017. All the entries were given RM3, 500 incentives by DBKL in the orchid competition. As well as, alumni sponsorship of Institute of Landscape Architecture Southern Chapter (ILAM SC) had contributed to students’ financial support in this competition. In all, the hard work, design innovation and good team working have contributed to the inclusiveness performance and success in this university orchid’s competition.
Again, congratulation on the great achievement by Department of Landscape Architecture with attains a glory to UTM.
Majlis kesyukuran Kg Puteri Menangis sempena kemenangan Naib Johan peringkat kebangsaan Anugerah Desa Perdana. Kerjasama dari pihak Jabatan Senibina Landskap UTM dihargai dengan pemberian cenderahati daripada JKKK Kampung yang disumbangkan oleh ADUN Parlimen Dato’ Ahmad Hj Maslan.