Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak bagi menganjurkan Bengkel Pengukuran Satelit. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif Makmal Satelit FABU, UTM- JTS Sarawak yang komited dalam melaksanakan program berimpak tinggi. Bengkel selama tiga hari ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju penggunaan teknologi ukurย Global Navigation Satellite System (GNSS) dalam pengukuran kadastra (hakmilik). Berita lanjut di : https://news.utm.my/ms/2024/08/bengkel-pengukuran-satelit-fabu-utm-jts-sarawak-pacu-penyelidikan/