Pelajar UTM Mendominasi Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA

Pelajar UTM Mendominasi Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA

JOHOR BAHRU, 29 Oktober 2017 – Kumpulan Pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membolot kesemua hadiah dalam Pertandingan Akhir Analisis Senario Habitat 2017 Peringkat IPTA anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Pertandingan Analisis Senario Habitat merupakan satu pertandingan yang bertujuan untuk melatih para peserta berfikir secara kreatif dan logik untuk mencari jalan penyelesaian kepada satu senario atau masalah habitat yang dikemukakan. Di samping itu, ia mampu meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti isu-isu semasa, menganalisis, dan menggalakan peserta membuat penyelidikan di lapangan. Peserta digalakkan mengumpulkan maklumat yang komprehensif bagi melaporkan dalam format `PowerPoint’ dengan tidak melebihi 20 slaid. Bagi kategori IPTA satu penulisan tambahan tidak melebihi 1,000 patah perkataan perlu dikemukakan kepada KPKT bersama slaid pembentangan untuk disenarai pendek bagi pertandingan akhir. Semasa pembentangan lisan untuk sesi pertandingan akhir, pelajar dibenarkan membuat penambahbaikan slaid pembentangan (format `PowerPoint’) serta menggunakan bahan persembahan sokongan, seperti model, poster, montaj, video serta ringkasan kajian.

Pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1-3), Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4-6) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Setiap kategori mempunyai analisis senario yang berbeza dengan mengenal pasti isu dan masalah semasa, metodologi dan analisis kajian serta cadangan penyelesaian dan outcome. Tema Analisis Senario bagi kategori Sekolah Menengah Rendah pada tahun ini ialah Penjanaan Pendapatan, Sekolah Menengah Atas ialah Pemberi Pinjam Wang, dan IPTA ialah Perumahan. Pada tahun ini lima kumpulan telah disenarai pendek bagi bertanding pada peringkat akhir untuk kesemua kategori. Bagi kategori IPTA, kelima-lima kumpulan yang disenarai pendek bagi pertandingan akhir adalah terdiri daripada perserta UTM, iaitu Kumpulan UTM1, UTM2, UTM3, UTM4 dan UTM5 yang diadakan di KPKT, Putrajaya pada 28 Oktober 2017.

Keputusan pertandingan akhir  telah dimenangi oleh Kumpulan Pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah (UTM5), dan telah membawa pulang wang tunai sejumlah RM5,000 serta sijil penyertaan. Kumpulan ini dianggotai oleh Wan Muhammad Aqib bin Wan Mohamad Ashaary, Josephine Lee Siaw Ling dan Nagananteni a/p Subramanian. Manakala, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah  (UTM4), yang telah membawa pulang wang tunai sejumlah RM3,000 berserta sijil penyertaan. Kumpulan ini diangotai oleh Ellida binti Samsudin, Muhammad Zulfadhli bin Mohd Zin dan Mohd Jamsyeer Khan bin Jalaludin Khan. Tempat ketiga pula membawa pulang RM2,000 berserta sijil, dimenangi oleh kumpulan pelajar pascasiswazah Perancangan Bandar dan Wilayah (UTM3) yang terdiri daripada Muhamad Firdaus bin Johan dan Mohamad Azal Fikry bin Ali. Manakala  Prof. Madya TPr. Dr. Hamid bin Saad, Dr. Siti Hajar binti Misnan dan Puan Noordini binti Che` Man bertindak selaku pensyarah pembimbing/pengiring.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Kristal, Aras B1, KPKT sejurus pertandingan akhir selesai. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Dr. Ani binti Ahmad, Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik, Jabatan Kerajaan Tempatan, KPKT. Kemenangan tempat pertama, kedua, ketiga serta kelayakan dua kumpulan lagi ke pertandingan akhir membuktikan kualiti pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah di UTM berada pada tahap yang terbaik, komprehensif, dan mampu bersaing dengan IPTA lain di negara ini.

 

Who’s Celebrating Their Birthday – November

Who’s Celebrating Their Birthday – November

1st Syed Ahmad Iskandar Syed Ariffin
2nd Fazurah Tumin
3rd Irina Safitri Zen, Zulaika Md Khalid
4th Zaleha Tajip
5th Muhammad Zaly Shah Muhammad Hussein, Sarajul Fikri Mohamed
6th Syamsul Hendra Mahmud
7th Nafisa Hosni
14th Mohammad Rafee Majid, Nabila Abdul Ghani, Fuziah Ismail
18th Rahman Berahim
23th Tareef Hayat Khan, Mohd Safarizam Md Yunus
29th Abdul Wahid Kamarulzaman
30th Gabriel Ling Hoh Teck

Program First Year Experience (FYE) 2017, JPBW

Program First Year Experience (FYE) 2017, JPBW

Seramai 33 pelajar Tahun 1, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina (FAB) telah dengan jayanya mengikuti Program Perkhemahan Motivasi First Year Experience (FYE) 2017 pada 26-28 Oktober 2017 di Hutan Rekreasi UTM. Program FYE ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman awal kepada pelajar mengenai program pengajian, prospek kerjaya, aspirasi jabatan dan UTM, penerapan kemahiran insaniah dan mengeratkan jalinan ukhuwah dengan pelajar senior dan pensyarah. Dengan bantuan 4 orang penyelia Studio 1 dan 15 fasilitator Tahun 2 yang diketuai oleh Muhammad Aqil Afzal bin Roslee, kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar termasuklah Team Building, Night Walk, Jungle Tracking dan Culture Night. Program diakhiri dengan sesi Ceramah Kerjaya Perancang Bandar Bersama Alumni dari Sektor Awam dan Swasta yang telah disampaikan oleh Prof. Madya. TPr. Dr. Hairul Nizam bin Ismail, En.  Muhammad Hakimi bin Mohd. Hussain dan En. Safwan bin Shaari.

Department of Quantity Surveying hosted the 3rd Programme for QS Registration Scheme

Department of Quantity Surveying hosted the 3rd Programme for QS Registration Scheme

Department of Quantity Surveying successfully hosted the 3rd Programme for QS Registration Scheme (PQRS 3.0) held at Grand Banquet Hall, Residensi UTMKL, Kuala Lumpur. The event was held on 24th October 2017 with theme focuses on ‘Why Am I a QS?’.

Co-organized with Board of Quantity Surveyors Malaysia, Royal Institution of Surveyors Malaysia, Construction Industry Development Board Malaysia, this event provides a platform for QS graduates to catalyze the journey of young QS in becoming registered QS in the near future as well as to be part of the professional cluster agenda. This event was graced by Yang Berbahagia Dato Sr Aziz bin Abdullah, president of the Board of Quantity Surveyors Malaysia and keynote speech was delivered by Yang Berbahagia Dato Sr K Sri Kandan, Chairman of AECOM (M).

Four prominent speakers were invited to address the issues of the QS today and the way forward to embark ideas for future betterment of the profession. The first session presentation was delivered by Sr Dr Noushad Ali Naseem sharing his personal experience on becoming a professional QS and further urge young QS to gain the professional tittle by 2020 while Dr Suraya Ismail delivers on the policies and governance related to Transformasi Nasional 2050 (TN50) from the Property and Construction Perspective. The second session aimed to inform young QS on option routes to become a professional. Sr Hj Nik Zainal Alam Hasan delivers on new ‘QS Technologies’ route, extending more options for QS to become professionals while Sr Mohamad Shazali bin Sulaiman addresses on the milestone to achieve through the journey becoming a professional QS. A mock interview session was coordinated by experienced surveyors found to be very engaging yet informative for young QS.

Attended by 500 quantity surveyors across Malaysia, this program launched the Mentor-Mentee Programme & Meet Your Mentor Sessions as a CSR initiative by the Board of Quantity Surveyors Malaysia to guide provisional QS to become a professional QS.

The event’s closing remarks was officiated by Sr Mohamad Shazali bin Sulaiman, Head of PQRS 3.0 committee congratulating the host for the success of PQRS 3.0.

14th International Congress of Asian Planning Schools Association (APSA 2017), Tsinghua University, Beijing, China

14th International Congress of Asian Planning Schools Association (APSA 2017), Tsinghua University, Beijing, China

The Department of Urban and Regional Planning, Faculty of Built Environment (FAB), UTM sent the largest delegation to the recent 14th International Congress of Asian Planning Schools Association (APSA 2017). The Congress was held at Tsinghua University, Beijing, China from 12-14 October 2017. Twenty-three (23) UTM delegates comprising of 9 lecturers and 14 students led by Prof. Dato’ TPr. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin presented a total of 20 papers and 3 posters to more than 150 international participants. “Reshaping Urban and Rural Development through Planning” was the main theme of APSA 2017 and it featured papers/presentations/posters across six tracks encompassing, Governance, Identity Heritage, Solidarity Equity, Smart Intelligence, Sustainability Environment and Planning & Education. The Department of Urban and Regional Planning, FAB, UTM is a member of the Asian Planning Schools Association (APSA) and had hosted the APSA 2015. The Congress is held biennially. The UTM delegates had envisaged establishing academic networking with Tsinghua University, as it is the most prestigious university in China and the Department of Urban Planning of the university is ranked the top urban planning education institute in China since 2012.