Seramai 33 pelajar Tahun 1, Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah (JPBW), Fakulti Alam Bina (FAB) telah dengan jayanya mengikuti Program Perkhemahan Motivasi First Year Experience (FYE) 2017 pada 26-28 Oktober 2017 di Hutan Rekreasi UTM. Program FYE ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman awal kepada pelajar mengenai program pengajian, prospek kerjaya, aspirasi jabatan dan UTM, penerapan kemahiran insaniah dan mengeratkan jalinan ukhuwah dengan pelajar senior dan pensyarah. Dengan bantuan 4 orang penyelia Studio 1 dan 15 fasilitator Tahun 2 yang diketuai oleh Muhammad Aqil Afzal bin Roslee, kesemua aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar termasuklah Team Building, Night Walk, Jungle Tracking dan Culture Night. Program diakhiri dengan sesi Ceramah Kerjaya Perancang Bandar Bersama Alumni dari Sektor Awam dan Swasta yang telah disampaikan oleh Prof. Madya. TPr. Dr. Hairul Nizam bin Ismail, En.Β Muhammad Hakimi bin Mohd. Hussain dan En. Safwan bin Shaari.
News
- A Malaysian Perspective on Hong Kong Real Estate Progress in Kowloon
- UTM perkukuh pendidikan dan penyelidikan bersama Lenggong UNESCO Global Geopark
- UTM Architecture Students Rethink the Future of Pasar Awam Kluang
- π UTM TEMUI βNADI BUMIβ, KAMPUS PERTAMA BINA TELAGA AKUIFER BATUAN
- SOROTAN PROGRAM: BUBUR LAMBUK SEFAKULTI 2026
- ππππππ ππππππππππππ ππππππππ πππππ ππππππ πππ πππππ ππππππππ πππππ ππππ ππππππ, πππππ
- FABU Sahut Program Sihat dan Lestari 2026
- UTM raikan graduan Program Profesional Hidrografi bertaraf antarabangsa
- FABU OSHE Day 2025 Fostering Safety Culture in the UTM Community
- UTMβs Smart Housing Research Earns βResearch Team of the Yearβ at RICS Southeast Asia Awards 2025









