Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mencatat sejarah apabila Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) berjaya mengekalkan kedudukan 100 terbaik dalam QS World University Ranking by Subject 2024Bidang Architecture/Built Environment di fakulti ini diiktiraf sebagai antara 51-100 terbaik dunia dan dinobatkan sebagai program nombor satu di Malaysia. Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga UTM, tetapi juga memperkukuhkan status Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat antarabangsa.

Berita lanjut di : https://news.utm.my/ms/2024/07/faculty-of-choice-fabu-tekad-untuk-terus-kekal-kedudukan-100-terbaik-dalam-qs-world-university-ranking-by-subject-2024/