Seramai 18 orang mahasiswa Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan program Mahasiswa Turun Desa @Kampung Beng. Program ini turut disertai oleh dua orang pensyarah pengiring Program Perancangan Bandar dan Wilayah FABU, iaitu Dr. Mohamad Fadhli Rashid dan Dr. Khairul Hisyam Kamarudin. Program ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah (PEWIBAWA), Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Beng, Lenggong. Berita lanjut di : https://news.utm.my/ms/2024/05/program-mahasiswa-turun-desa-hasilkan-pelan-tindakan-ekonomi-madani-kampung-beng/