Galeri Fabu UTM telah menerima kunjungan dari Universitas Udayana, Indonesia pada 20 Mei 2024. Lawatan melibatkan seramai 26 orang delegasi yang terdiri daripada 7 orang Pensyarah dan 19 mahasiswa dari program pascasiswazah Universitas Udayana. Delegasi diketuai oleh Dr. Ni Ketut Agusintadewi, Kordinator Program Sarjana Senibina.

Antara pengisian lawatan ini adalah perkongsian ilmiah dari pelajar-pelajar penyelidikan bidang Senibina.
Seterusnya lawatan ke Studio Senibina dan Galleria Kalam Fabu, UTM dan sesi Meet & Greet bersama Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur.

#galerifabu #fabutm