Inbound Mobility| Academic Visit
Lawatan Akademik dari Program Senibina, Universitas Udayana, Indonesia ke Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berlangsung pada 20 Mei 2024. Lawatan melibatkan seramai 26 orang delegasi yang terdiri daripada 7 orang Pensyarah dan 19 mahasiswa dari program pascasiswazah Universitas Udayana. Delegasi diketuai oleh Dr. Ni Ketut Agusintadewi, Kordinator Program Sarjana Senibina.
Antara pengisian lawatan ini adalah perkongsian ilmiah dari pelajar-pelajar penyelidikan bidang Senibina, lawatan ke Kalam Utm, dan sesi Meet & Greet bersama Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur.