Seramai 25 orang wakil penduduk Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian dijemput untuk melihat pameran dan pembentangan Projek Akhir pelajar tahun satu Senibina Landskap pada 28 Disember 2017. Pelajar telah menjalankan kajian tapak bagi Projek 5:Design and Planning of Playscape for Young Children in Rural Environment di Kampung Permatang Duku, Pontian pada 3 hingga 4 Disember 2017. Proses rekabentuk telah dijalankan selama 4 minggu dan dibentangkan kepada penduduk kampung di Fakulti Alam Bina.