Seramai 31 orang dari Mahasarakham Business School (MSB), Mahasarakham University (MSU), Thailand telah mengadakan lawatan ke Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM pada 28 April 2019 yang lalu. Delegasi tersebut dalam rangka lawatan ke sekitar Johor Bahru dan Singapura telah memilih kampus UTM Johor Bahru untuk melawat persekitaran universiti.
Delegasi MSU diketuai oleh Dr. Nitiphong Songsrirote, Dekan MSB MSU yang turut disertai oleh Prof. Madya. Dr. Pronlapas Suwannarat, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengantarabangsaan) MSB MSU, Dr. Pongsatrorn Tantrabundit, Director of Physical and Environmental Development Office MSB MSU, Achariya Issarapaibool, Director of Academic Sevice Center MSB MSU, 5 orang pensyarah dan 22 orang mahasiswa ijazah sarjana muda MSB MSU. Delegasi telah disambut oleh Dr. Noor Aimran Samsudin pensyarah kanan program Perancangan Bandar dan Wilayah UTM dan dibantu wakil pelajar dari Persatuan Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA).
Para peserta telah dibawa melawat melihat kemudahan di sekitar fakulti dan kawasan pusat pentadbiran UTM utama yang merangkumi Bangunan Canselori Sultan Ibrahim (BCSI), Masjid Sultan Ismail (MSI), Dewan Sultan Iskandar (DSI) dan Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ). Di DSI, delegasi berpeluang melihat para petugas membuat persiapan terakhir di dewan sempena penganjuran Majlis Konvokesyen UTM kali ke-62 pada 29 hingga 30 April 2019. Delegasi telah diberikan taklimat ringkas mengenai sejarah dan latar belakang perjalanan majlis tersebut.
Taklimat mengenai sejarah penubuhan UTM dan latarbelakang kampus telah disampaikan sendiri oleh Dr. Noor Aimran Samsudin di Galeri Terbuka PSZ. Di ruang tersebut, pihak PSZ sedang menganjurkan pameran ‘Sebutir Bintang Secercah Cahaya, Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid’ bermula 21 April sehingga 21 Jun 2019. Lawatan ringkas tersebut telah memberi peluang kepada delegasi MSB MSU untuk mengenali UTM secara lebih dekat melihat potensi menyambung pelajaran di peringkat seterusnya di universiti ini. Selesai lawatan tersebut, para delegasi telah dibawa melawat sekitar kampus melihat kemudahan lain di sekitar Jalan Lingkaran Ilmu sebelum bertolak pulang.
Fakultas Teknik Universitas Subang, Bandung Indonesia telah datang untuk membuat lawatan ke Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) pada 12 Mac 2019 yang lepas. Antara tempat yang dilawat ialah Pusat Kajian Alam Bina (KALAM) , FABU.
A group of 39 architectural students accompanied by two faculty members from Kansas University (KU) Lawrence, United States had visited the Faculty of Built Environment and Surveying (FABU) of Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
The visit by KU Lawrence delegation started since 2013 where the university has chosen Malaysia as one of the countries to be a case study for its Study Abroad Programme. Besides Malaysia, KU Lawrence has also chosen Singapore and Japan to visit.
The Director of Malaysia Architectural Study Tour of UTM Sultan Iskandar Institute (ISI), Assoc. Prof. Dr. Gurupiah Mursib said that this study tour which took place between January 4th and 11th received an unexpected response.
“According to Assoc. Prof. Dr. Kapila Silva, Head of the Study Program of Kansas University, the rapidly developing Malaysia which is rich in culture is the main reason it was selected for the study, together with Singapore, and Japan.
“For this purpose, the UTM Sultan Iskandar Institute (ISI), supported by the School of Architecture, Faculty of Built Environment and Surveying, had prepared a special programme of 8 days 7 nights excursion covering Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya and Selangor,” said Prof. Gurupiah.
He also stated that Malaysia’s architecture offers a different experience from the modern architectural era (1955-1970), through the postmodern era (1971-1990) and the global era (1991- 2017).
“As the host, we have organized a program designed to provide a comprehensive overview of traditional architecture, to the award-winning iconic architecture.
“Several traditional buildings were visited namely the traditional Mini Garden Malaysia houses, while the National Mosque, the Central Market, the Sultan Abdul Samad building and the Masjid Jamek represent modern early architecture,” said Prof. Gurupiah.
Prof. Gurupiah later explained that the global Era are represented by skyscrapers such as the Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur Tower, The Fennel, and the OBYU Tower. Also included are buildings with special concepts such as PAM Center, Arc Rimbayu, Bamboo Playhouse House and PJ Trade Center.
“The beauty of this programme is that the program directly features architects of the selected buildings. The 2018 study has featured Ar Jimmy Lim as the highlight of the study while for this time, the program featured Dato ‘Dr Ar Ken Yeang and Ar Wooi Lok Kuang.
“Ken Yeang’s architecture was represented by Menara Mesiniaga, Roof-roof House, and the Suasana Putrajaya while Wooi showcased his architecture of houses including his own home,” said Prof. Gurupiah.
Prof. Gurupiah said that in the concept of urban planning, the Putrajaya Federal Government Administrative Centre represents the new and planned city development.
The tours included the Putrajaya Holdings, the Sultan Mizan Mosque, Dataran Putra, the Boulevard and Putrajaya Cruise. In the meantime, DBKL efforts to create urban space have led to historical heritage in Kuala Lumpur such as the River of Life, back lanes, Lake gardens and Batu Caves.
The welcoming session for the delegates was held at the Faculty of Architecture and Survey, UTM Johor Bahru campus on 4th January 2019 followed by a lunch session at Ar Razin Mahmood Denai House in Kempas, Johor Bahru.
Dean of the Faculty of Architecture and Survey, Prof. Dr. Mohd. Hamdan Hj. Ahmad, Associate Director (Student Services & Global Education Experience), Prof. Dr. Nor Haniza Sarmin as well as the Executive Director of ISI were also present. A memorable farewell dinner was held the following week at Menara Kuala Lumpur.
This program reflects the strong continuous ties between UTM and Kansas University, soon to be made official via MoU, Prof Dr Mohd Hamdan Ahmad, Dean of the Faculty of Architecture and Survey mentioned in his welcoming speech.
Pelajar dan tenaga pengajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) beroleh pengalaman berguna apabila dapat menimba ilmu teknologi dan kepakaran dalam aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam sesi lawatan sambil belajar ke Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Seramai 37 orang pelajar Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) dan dua orang pensyarah tersebut telah didedahkan dengan latar belakang syarikat, yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Air Johor, sehinggalah yang terkini dikenali sebagai Ranhill SAJ Sdn Bhd.
Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan aplikasi-aplikasi yang dibangunkan, terutama aplikasi yang melibatkan GIS yang berkaitan dengan bidang geoinformatik. Para pelajar kemudiannya diberikan taklimat aplikasi GIS yang telah dibangunkan, apa fungsi-fungsi khusus yang telah dibangunkan, serta masih digunakan sehingga sekarang.
Selain itu, para pelajar juga dibawa meninjau bilik operasi Ranhill SAJ Info Center, yang bertujuan bagi mengambil aduan, menyemak aduan atau apa-apa laporan berkenaan paip bocor, atau ketiadaan serta lain-lain isu. Semua laporan ini kemudiannya disambungkan kepada pelbagai unit dan bahagian dalam Ranhill SAJ untuk tindakan lanjut.
Pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) berpeluang menimba pengalaman di negara maju melalui pengamatan terhadap budaya belajar, bekerja dan bersosial mereka apabila menyertai Global Outreach Program (GOP) ke Tokyo, Jepun pada 11 hingga 18 Januari 2019 yang lalu.
Tujuh orang pelajar dari program Sarjana Muda Sains (Geoinformatik) tersebut diiringi oleh dua orang pensyarah, Prof Madya Sr Mohamad Nor Said dan Dr Muhammad Imzan Hassan, dengan sebahagian besar pembiayaan adalah hasil sumbangan dan penajaan oleh alumni program Geoinformasi, FABU.
Lawatan akademik melibatkan penglibatan para pelajar dalam beberapa siri kuliah di Tokyo Metropolitan University (TMU).
Kehadiran kumpulan ini dialu-alukan oleh Profesor Takaya Ohashi selaku Pengarah Eksekutif International Office TMU.
Kuliah yang berkait rapat dengan pembelajaran mereka di UTM dalam bidang Geoinformatik telah banyak mendedahkan bagaimana Jepun memanfaatkan pelbagai maklumat geospatial di dalam pelbagai sektor seperti pengangkutan, pelancongan dan lain-lain lagi.
Mereka juga didedahkan dengan kaedah pembelajaran tanpa peperiksaan di TMU.
Prof Takaya Ohashi selaku Pengarah Eksekutif International Office TMU bergambar semasa mengalu-alukan kedatangan pelajar GOP UTM
Pelajar-pelajar mengikuti kuliah “Tourism and Transport Planning” oleh Profesor Tetsuo Shimizu
Pelajar-pelajar juga telah menghayati budaya kerja yang amat mementingkan masa dalam pergerakan lawatan yang diuruskan oleh pihak TMU.
Perkara yang sama dilalui apabila bergerak dengan menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi dan bas.
Penyediaan maklumat dan sistem capaian yang cekap telah memberi kefahaman kepada pelajar tentang program Geoinformatik yang mereka ikuti di UTM.
Lawatan sosial ke beberapa destinasi seperti Gunung Fuji dan resort ski Gala Yuzawa pula telah memberi peluang kepada pelajar melihat topografi dan merasai iklim yang jauh berbeza dengan Malaysia.
Kemudahan peta lokasi dan maklumat lain dalam bentuk digital memperlihatkan bagaimana Negara Jepun memanfaatkan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang menjadi teras kepada program Geoinformatik yang sedang diikuti pelajar-pelajar ini di UTM.
Pelajar menghayati suhu beku di resort ski Gala Yuzawa, Niigata
Di samping itu, belajar juga berpeluang menyertai program promosi kebudayaan tarian tradisional Jepun (Fujimusume) dan demonstrasi pemakaian kimono.
Ini juga merupakan sebahagian daripada objektif GOP agar pelajar dapat memahami amalan kebudayaan dan tradisi sesuatu Negara.
JOHOR BAHRU, 26 Oktober 2018 – Seramai 21 orang peserta dari Universitas Sebelas Maret (UNS), Surakarta, Indonesia (18 pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring) telah menyertai program UTM Summer School – Built Environment Experiences 2018 yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2018 lalu. Program UTM Summer School anjuran Perancangan Bandar dan Wilayah (PBW), Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM (FABU) merupakan penyertaan kali ke-2 oleh pihak UNS. Penyertaan pihak UNS kali ini telah disambut sendiri oleh Pengarah Program PBW, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail mewakili Dekan FABU.
Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan berkongsi pengalaman kepada para peserta berkaitan konsep ‘Sustainable Creative City’ yang diterapkan khususnya di sekitar pembangunan wilayah Iskandar Malaysia, Bandaraya Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Para hari pertama, perserta telah berpeluang mendengar perkongsian kuliah di Dewan Konvesyen, FABU melibatkan pakar rujuk UTM dan UNS. Turut serta para pelajar dari Tahun 1 Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (SMPBW). Ahli panel jemputan UTM yang terlibat adalah Pensyarah Kanan PBW iaitu En. Chau Loon Wai dan Prof. Madya TPr. Dr. Foziah Johar manakala pihak UNS diwakili oleh Dr. Winny Astuti dan Dr. Muhammad Hisjam. Para peserta kemudian turut dibawa melawat kemudahan dan pusat penyelidikan yang terdapat di sekitar Fakulti oleh Persatuan Mahasiswa Perancangan Bandar dan Wilayah UTM (PEWIBAWA).
Pada hari kedua, sempena lawatan peserta ke Pusat Bandaraya Johor Bahru, sebuah sesi taklimat diaturkan bersama pihak Thinkcity Sdn. Bhd. (Johor Bahru) di pejabat mereka. Pihak Thinkcity yang banyak terlibat dalam projek pemeliharaan bangunan warisan dan rejuvenasi ruang awam di sekitar pusat bandar turut membawa peserta menyelusuri jejak warisan di sekitar pusat bandar. Turut serta, Pengarah Program UTM Summer School, Dr. Noor Aimran Samsudin yang turut berkongsi sejarah perkembangan bandar tersebut di lapangan. Selain itu, pihak Yayasan Warisan Johor (YWJ) turut berbesar hati menerima kunjungan delegasi ke Kompleks YWJ yang menempatkan pelbagai koleksi seni warisan,sejarah dan budaya Johor. Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Korporat, Tuan Haji Shafie Ahmad kepada delegasi UNS dan UTM. Para peserta telah berpeluang melawat Galeri Tenun dan Galeri Seni melihat koleksi yang dipamerkan.
Pada hari berikutnya, para peserta telah dibawa melihat kemodenan pusat pentadbiran Negeri Johor iaitu Kota Iskandar dan pembangunan sekitar Iskandar Puteri seperti Puteri Harbour, Medini dan Taman Tema Legoland. Sebelum peserta menikmati jamuan makan malam di sebuah restoran nelayan di Kampung Pendas, Gelang Patah, mereka telah dibawa melawat projek mega Forest City yang dibangunkan oleh Country Garden Pacificview. Taklimat telah disampaikan sendiri oleh Encik Ahmad Faizul Noor Azizan, Senior Strategic Executive.
Lawatan di sekitar Kuala Lumpur, peserta telah berpeluang melawat kawasan bersejarah Masjid Jamek, Dataran Merdeka, KL City Gallery dan Pasar Seni selain ke pusat membeli belah utama iaitu Bukit Bintang dan Menara Berkembar Petronas. Secara umum penyertaan program kali ini telah memberi peluang kepada peserta melihat pembangunan Malaysia dari pelbagai perspektif dengan melawat pelbagai bandar di negara ini.