Pelajar FABU Cemerlang Dengan Inovasi Terkini Di Pertandingan GIS Hackathon 2019

Pelajar FABU Cemerlang Dengan Inovasi Terkini Di Pertandingan GIS Hackathon 2019

Bagi menyokong usaha murni Bahagian Rancangan Pembangunan dan Geographic Information System (GIS), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk meningkatkan penggunaan data GIS yang telah tersedia di ONE MBIP, pertandingan GIS Hackhaton 2019 telah diadakan di Makmal Komputer Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM. Ia telah berlangsung selama 20 jam bermula daripada 16 November 2019 dan berakhir pada 17 November 2019.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 14 kumpulan pelajar yang berjumlah keseluruhannya 42 orang. Dalam tempoh 20 jam sesi pertandingan, para peserta dikehendaki mencipta aplikasi web dengan menggunakan data-data yang tersedia di pangkalan data GIS, ONE MBIP. Aplikasi web yang dihasilkan mestilah dapat memudahkan penyampaian maklumat oleh pihak MBIP kepada para pengguna. Pertandingan ini juga turut mendapat sokongan daripada pihak ESRI Malaysia yang menyediakan platfom Web GIS yang memudahkan para peserta membina aplikasi web masing-masing.

Para peserta telah diadili oleh seramai empat (4) orang juri profesional daripada pihak MBIP, ESRI Malaysia, FABU UTM dan MIP (Malaysian Institute of Planners). Sesi pembentangan dan demonstrasi penggunaan aplikasi web adalah selama 10 hingga 15 minit oleh setiap kumpulan. Pemenang tempat pertama sehingga tempat ketiga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2000, RM1500 dan RM1000 masing-masing.

Manakala hadiah saguhati sejumlah RM200 diberikan untuk setiap kumpulan yang bertanding. Kumpulan ANONYGIS mengungguli tempat pertama, diikuti oleh kumpulan SPATIALIGENCE tempat naib johan dan kumpulan ZENITH tempat ketiga. Pengumuman awal para pemenang adalah selepas sesi penjurian, manakala majlis penyampaian hadiah dilakukan pada 23 November 2016 di Hutan Bandar MBIP, sempena Hari Bandaraya Iskandar Puteri.

Pensyarah UTM Terpilih Hadiri Majlis Ulang Tahun AEON Group Ke-30 di Tokyo

Pensyarah UTM Terpilih Hadiri Majlis Ulang Tahun AEON Group Ke-30 di Tokyo

Dr Roshida Abdul Majid, pensyarah Senibina Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terpilih untuk menghadiri majlis Ulang Tahun ke-30 syarikat global ternama AEON Group dan pelancaran Sustainable Development Goals 2050.

Acara tersebut berlangsung selama empat hari dari 31 Oktober sehingga 3 November 2019 bertempat di Tokyo, Jepun.

Lebih membanggakan, beliau juga telah berjaya menempa nama di negara matahari terbit, Jepun apabila turut terpilih untuk memberi ucapan utama ‘Sustainable Development Goals’ dan hubungkait dengan profesion semasa beliau di FABU, UTM.

Hanya enam negara peserta terpilih iaitu dari Malaysia, Australia, Indonesia, Peru, Jepun dan Jerman. Pemilihan adalah berdasarkan tapisan yang menyeluruh dibuat terhadap 252 esei yang dihantar oleh peserta dari 17 buah negara dari seluruh dunia di mana esei ini juga merupakan syarat utama penyertaan untuk acara gilang gemilang ini.

Selain itu semua peserta juga merupakan bekas Duta Remaja ke Jepun suatu ketika dahulu yang mana Dr Roshida sendiri ialah Duta Remaja Malaysia ke Jepun pada tahun 1990 pada ketika umur beliau 15 tahun.

Oleh itu majlis ini juga merupakan perjumpaan semula peserta Duta Remaja ke Jepun dari seluruh dunia seperti United Kingdom, Australia, Germany, Korea, Peru, Brazil, Bulgaria, Philipines, Malaysia, Thailand Indonesia, China, Italy, Myanmar, Kemboja dan Laos.

Lebih bermakna lagi perjumpaan ini turut melibatkan sesi perbincangan tentang 4 topik utama 17 Sustainable Development Goals yang disenaraikan oleh United Nation, iaitu Quality Education, Climate Change, Life Below Water dan  Health and Well Being.

Acara gilang gemilang ini diakhiri dengan penyampaian deklarasi untuk tindakan masa hadapan  yang disampaikan oleh ketua kumpulan 4 topik utama Sustainable Development Goals dengan disaksikan oleh Founder AEON Group, En Takuya Okada, Pengerusinya En Katsuya Okada, pegawai tertinggi syarikat serta semua ahli diplomat 17 buah negara yang terlibat di Jepun.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh AEON 1 % Club dan Malaysia diwakili oleh 11 peserta yang berlatarbelakangkan profesion yang berbeza.

 

Wakil dari pelbagai negara bersama Founder AEON Group En Takuya Okada yang berumur 94 tahun (duduk)

Semua peserta dari 17 buah negara merakamkan gambar kenangan bersama

11 peserta dari Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

 

GIS HACKATHON 2019

GIS HACKATHON 2019

Pada 16 &17 November 2019 telah berlangsung acara penjurian bagi program GIS HACKATHON 2019 anjuran bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Pertandingan ini telah disertai seramai 42 orang pelajar (14 kumpulan) yang terdiri daripada bidang perancangan bandar, Geomatik/Geoinformasi, dan Sains Komputer. Pertandingan ini melibatkan 20 jam sesi penciptaan Web App yang bermula pada jam 3.00 petang 16 November 2019 dan berakhir pada jam 11.00 pagi 17 November 2019. Majlis penyampaian hadiah dan pengumuman pemenang secara rasmi akan dilakukan semasa Hari Bandaraya pada 23 November 2019 nanti.

more photos click here..