by webmaster | Jan 27, 2019 | event, News

The Industrial Advisory Panels (IAP) for BSc. (Property Management) course gathered at Faculty of Built Environment and Surveying for half day meeting to review curriculum for 21st century and Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0). The IAP comprises external representatives from the industrial community who provide a strategic view on the undergraduate course’s policies in respect of employability, teaching and hands-on knowledge. The IAP also will keeping abreast of industry development which is essential aspects in preparing students for their future careers. The faculty and IAP is vital in creating a strong link between industry and the faculty and is expected to contribute in achieving the faculty’s goals and objectives. Members of the IAP are professionals in industry and government who collaborate and build cooperative efforts with the faculty, advise on academic programs, and help in building future programme’s direction. This collaboration will lead to each party having a better understanding of the objectives of the other as well as allowing each to better support the other in meeting the objectives. For this meeting, the delegates comprises top management in industry such as Director General, Department of Valuation and Property Services (JPPH), Tuan Haji Sr. Ahmad Zailan Azizudin, Sr. Sivadas and Sr. Mahyudin Mustakim from Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector Malaysia (PEPS), Dr. Soeb Pawi (Majlis Perbandaran Kulai), Tuan Haji Azmi Miswan (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Mr. Imran Saleh (UDA Angsana Sdn. Bhd.), Tuan Haji Samsubahri Selamat (Damansara Asset Sdn. Bhd.)
by webmaster | Jan 16, 2019 | event, Featured Slider, News, photo
Karnival Lestari Iskandar Puteri 2019–KLIP2019 telah dijalankan pada 12 Januari 2019, di Dewan Sebaguna MBIP. KLIP2019 merupakan satu program untuk menyebarkan kesedaran Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS) di dalam wilayah Iskandar Malaysia khususnya kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Karnival ini dianjurkan oleh MBIP dan Persatuan Pelajar Senibina Landskap EARTH, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan 33 orang pelajar dengan seliaan Dr Norliza Mohd Isa dari UTM dan En Safwan Shaari dari MBIP. Program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Center For Engineering Education (CEE) , UTM dan pelbagai pertubuhan NGO. Aktiviti yang dijalankan sepanjang penganjuran KLIP 2019 adalah:
•Pertandingan Fotografi dalam media sosial/GreenKnight Photo Contest
•Pertandingan Video dan Poster/Green Initiative Video and Poster Competition
•Pertandingan Compost ‘Garbage to Garden’
•Pertandingan Sculpture/ Zero Waste Hero Life Sculpture Competition
•Bengkel Permaculture-DIY Pembajaan
•Promosi ‘Zero Waste Lifestyle’ kolaborasi bersama iCycle
•Pendaftaran dan penebusan ‘barcode’ iCycle Malaysia Sdn Bhd
•Tayangan video ‘Zero Waste Lifestyle’
by webmaster | Jan 6, 2019 | event, News, photo
Pertandingan merekabentuk ruang legar UTM Talent Transformation Centre (TTC) telah dibuka kepada gabungan pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dari beberapa bidang program untuk menggalakkan perkongsian idea dan pendapat bagi melahirkan rekabentuk yang praktikal dan menarik. Pihak UTM TTC telah memperuntukkan sejumlah RM4500 bagi kos percetakan dan wang kemenangan serta sijil bagi kesemua 5 kumpulan pelajar. Beberapa siri persembahan di peringkat Fakulti dan pihak UTM TTC sendiri telah dijalankan bagi pelajar mendapatkan maklumbalas awal berkenaan idea rekabentuk menurut kehendak pelanggan. Sesi penjurian akhir telah dijalankan pada 2 Januari 2019 bertempat di Dewan Utama, UTM TTC bagi pemilihan pemenang. Program pertandingan ini dikendalikan oleh beberapa orang pensyarah FABU yang juga merupakan juri pertandingan tersebut. Sesi pembentangan akhir ini juga telah dihadiri oleh Pendaftar UTM, En. Abdul Razib bin Hj. Shahuddin.
see more photos (click here)..
by webmaster | Dec 19, 2018 | Conference & Seminar, event, News
SIMPI 2018 Conference organised by Centre for Real Estate Studies (CRES) and UTM Real Estate, Faculty of Built Environment and Surveying. 11-12 December 2018. The Everly Hotel, Putrajaya.
More than 80 papers have been presented from Malaysia , Indonesia and The Phillipines. SIMPI is initiative from 3 Asian countries namely Malaysia (UTM) Indonesia (Universiti Bung Hatta) and The Phillipines (Far Eastern University) to promote sustainable communities in this region. Next SIMPI conference will be in Manila, Phillipines.
More photos (click here)
by webmaster | Nov 28, 2018 | event, Meeting & Workshop, News, photo
Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) UTM Johor Bahru telah menganjurkan program Bengkel Kartun Warisan – Menterjemah Warisan Menerusi Kartun yang telah diadakan pada 25 dan 26 November 2018 bertempat di Fakulti Alam Bina dan Ukur dengan penekanan kepada penghargaan terhadap seni dan warisan tanah air dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh seluruh lapisan masyarakat, iaitu menerusi seni lukisan kartun.
Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam serta menggalakkan perkembangan minda kreatif di kalangan para peserta. Karya-karya yang terpilih akan diterbitkan di dalam bentuk majalah!
more photos.. Click here
by webmaster | Nov 5, 2018 | Award, event, News, photo
Johor Bahru, 31 Okt. 2018 – Pelajar Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur telah berjaya memenangi Johan dan Naib Johan dalam pertandingan “Doodle Painting” yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM. Pertandingan ini merupakan anjuran dari Perpustakaan Sultanah Zanariah bersempena dengan “WOW Carnical@UTM” yang berlangsung dari 27 Oktober hingga 31 Oktober 2018.
Dalam pertandingan tersebut, dua kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga Oscar Chong Yi Bin telah berjaya membawa pulang sijil penyertaan dan juga baucer wang tunai. Selain itu, dua kumpulan dari Program Geomatik dan Kejuruteraan juga telah berjaya memenangi tempat ke-tiga dan juga ke-empat.
Kumpulan yang diketuai oleh Shahida Bahari dan juga ahli pasukannya Ashraf Yahya telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Literacy, a bridge from misery to hope” dan berjaya memenangi Johan dalam pertandingan ini.
Manakala kumpulan yang diketuai oleh Oscar Ching Yi Ben dan juga ahli pasukannya yang terdiri daripada Dr. Lee YoKe Lai dan Chin Kah Lai telah menghasilkan doodle yang berkonsepkan “Book is the key to lively and spiritful space” yang juga memenangi Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

Gambar bersama peserta-perserta pertandingan melukis ‘doodle’.

“Literacy, a bridge from misery to hope” hasil lukisan ‘doodle’ daripada Shahida Bahari dan Ashraf Yahya.(kumpulan Atelier).

Oscar Ching Yi Ben, Chin Kah Lai dan Dr. Lee Yoke Lai menghasilkan doodle bertema: “Book is the key to lively and spiritful space”.