JOHOR BAHRU 29 Mei 2017 – Seramai enam orang pensyarah dan 90 orang pelajar Fakulti Pendidikan (FP), Fakulti Alam Bina (FAB) dan Kelab Astronomi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terlibat dalam Program Ekspresi Negaraku Johor Bersih 2.0.
Program tersebut telah diadakan di Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah, Johor pada 19 dan 20 Mei lalu. Program itu diilham dan dicetuskan oleh inisiatif Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti dan Jaringan Fakulti Pendidikan UTM melalui subjek Bina Insan Guru (BIG) dengan menggunakan pendekatan kolaborasi strategik dalam gagasan National Blue Ocean Strategy (NBOS).
Antara rakan strategik utama yang turut menjayakan program itu ialah FAB UTM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sukarelawan Darul Ta’zim, JKK Kg Sungai Melayu serta lebih daripada 30 buah agensi dan jabatan kerajaan, NGO serta beberapa syarikat swasta yang lain.
Matlamat program tersebut adalah untuk mendidik sukarelawan dan orang ramai memelihara dan menghargai alam sekitar dalam keadaan semula jadi.
Ia juga bertujuan untuk menggalakkan kreativiti dalam aktiviti permuafakatan bangsa johor, menyemarak semangat patriotisme dan mensyukuri nikmat negara harmoni.
Program itu sekaligus dapat mempromosi Kampung Sungai Melayu sebagai Kampung Warisan Johor serta destinasi pelancongan eko dan pelancongan desa yang terunggul di Johor.
Program itu juga merupakan satu program komuniti berimpak tinggi yang diterjemahkan menerusi penggunaan kaedah pembelajaran Service Learning dalam gagasan Inovasi Pembelajaran Akademia Baru (NALI) UTM.
Selain itu, program berkenaan bukan sahaja menghasilkan pembelajaran bermakna kepada pelajar UTM dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap malah menterjemahkan gagasan Muafakat Johor yang sentiasa membawa kata hikmat bahawa “Muafakat itu Berkat” menerusi aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan.
Program itu juga melibatkan 93 orang peserta yang terdiri dari pelajar sekolah dan kolej IPTS di sekitar Johor Bahru dan Nusajaya. Aktiviti berkaitan berjaya membina karakter bangsa Johor yang sentiasa bermuafakat yang diterjemahkan menerusi program perkhemahan muafakat sukarelawan Johor Darul Ta’zim, menanam seribu pokok bunga raya, aktiviti mencerap bintang, ops bersih sungai, gotong royong 5K, sukan air dan sukan rakyat , menceriakan sk sg melayu serta banyak lagi.
Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan sekaligus memartabatkan UTM sebagai universiti awam yang sentiasa inovatif, entreprenurial dan global.
Seramai 51 orang mahasiswa dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina yang mengambil kursus kokurikulum UKQR2062 telah menganjurkan Program Komuniti Lestari 2017 pada 27 – 29 April 2017 di FELDA Ulu Penggeli, Keluang, Johor. FELDA Ulu Penggeli terpilih sebagai lokasi pelaksanaan Program Komuniti Lestari 2017 kerana mereka telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) peringkat kebangsaan pada tahun 2016.
Program ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk menggalakkan mahasiswa berinteraksi dengan masyarakat serta menyalurkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian di universiti dalam bidang perancangan bandar dan wilayah agar dapat membantu meningkatkan tahap kelestarian FELDA Ulu Penggeli ke peringkat yang lebih tinggi.
Program yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam mengandungi beberapa aktiviti interaktif yang melibatkan penduduk setempat bersama mahasiswa antaranya ialah Bengkel Pelan Komprehensif Pembangunan Komuniti (PKPK) FELDA Ulu Penggeli 2025 (Pembangunan Pelancongan), Pengindahan Landskap dan Susunatur Galeri FELDA Ulu Penggeli, Program School Attack di Sek. Keb. Ulu Penggeli, Senamrobik dan Malam Silaturahim.
Program ini dianggap telah mencapai objektif apabila mendapat kerjasama yang baik dari pihak pengurusan FELDA Ulu Penggeli yang diketuai oleh En. Md. Jaffar Mohd. Noah, barisan kepimpinan JKKR, GPW dan penyertaan 17 keluarga sebagai keluarga angkat. Kerjasama yang baik juga diterima daripada pensyarah Fakulti Alam Bina, Prof. Ibrahim Ngah dan Dr. Mohd. Hisyam sebagai pakar rujuk bagi Program PKPK dan pengindahan galeri.
Justeru itu, selaku Pensyarah Penasihat, Dr. Siti Hajar Misnan dan Pengarah Program, Cik Amirah Huda Azlan, kami menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Program Komuniti Lestari 2016 di FELDA Ulu Penggeli.
Department of Landscape Architecture CSR program with Form Five students from Sekolah Menengah Kayu Ara Pasong at Mukim Api Api, Pontian. Ten students from SBEL1414 and Dr Ismail Said conducted the motivational field program with 29 school children and assisted by Penghulu Mukim Api Api, Mohammad Ali. The program was held at Tanjung Piai National Park on 17 March 2017 from 8:00am to 12:00 pm.
A group of 10 students from Bachelor of Quantity Surveying and Bachelor of Science (Construction) from Department of Quantity Surveying, Faculty of Built Environment, Universiti Teknologi Malaysia with two lecturers were participated in the construction of Rumah Ihsan Johor (RIJ 5) at Kg. Muhibbah Jaya, Senggarang, Johor held on 10-12 February 2017. This is a community project to provide conducive house to those in need. This project takes only 3 days to construct and applied the concept of ‘gotong-royong’ by the volunteers. Besides helping constructing the house, the students also helping in documenting and recording the construction process of Rumah Ihsan Johor and provide feedback on how to improve the current process. The opportunities of joining this project give a valuable experience to the students by bringing the theories to practical besides promoting volunteerism among students and serving community in needs.