Selesai sudah kemeriahan program Bubur Lambuk Sefakulti yang telah berlangsung pada Khamis ( 5 Mac 2026 bersamaan 17 Ramadan 1447H) lalu di Dataran Harmonis.

Dengan semangat gotong-royong lebih 100 orang staf FABU, sebanyak 600 bekasbubur lambuk berjaya disediakan dan diedarkan kepada warga UTM  serta pelajar!

Apa yang istimewa kali ini? Seiring dengan tema FABU Sihat & Lestari:

✅ Resepi Sihat Ramadan: Bubur lambuk kali ini menggunakan bahan segar, dan pilihan herba berkhasiat.

✅ Sumbangan Kasih: Segala bahan dan kos adalah hasil sumbangan ikhlas daripada warga  FABU sendiri.

✅ Menyokong SDG 2: Zero Hunger (Kelaparan Sifar) melalui edaran 600 pax makanan berkhasiat kepada komuniti fakulti/pelajar dan SDG 3: Good Health and Well-being (Kesihatan & Kesejahteraan)  menu sihat Ramadan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, daripada fasa persediaan bahan hinggalah sesi edaran tamat pada jam 3 petang. Semangat rewang inilah yang mengeratkan lagi ukhuwah dan kebersamaan warga FABU.

Semoga usaha kecil ini membawa impak besar kepada kesihatan dan kelestarian komuniti kita.

#FABUSihatLestari

 

UTM Open Day