Karnival Lestari Iskandar Puteri 2019 (KLIP2019) telah dijalankan pada 12 Januari 2019, di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).

KLIP2019 merupakan satu program untuk menyebarkan kesedaran Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS) dalam wilayah Iskandar Malaysia khususnya kawasan MBIP.

Karnival ini dianjurkan oleh MBIP dan Persatuan Pelajar Senibina Landskap EARTH, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan 33 orang pelajar dengan seliaan Dr Norliza Mohd Isa dari UTM dan En Safwan Shaari dari MBIP.

Program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Center For Engineering Education (CEE) , UTM dan pelbagai pertubuhan NGO.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang penganjuran KLIP 2019 adalah:

•Pertandingan Fotografi dalam media sosial/GreenKnight Photo Contest

•Pertandingan Video dan Poster/Green Initiative Video and Poster Competition

•Pertandingan Compost ‘Garbage to Garden’

•Pertandingan Sculpture/ Zero Waste Hero Life Sculpture Competition

•Bengkel Permaculture-DIY Pembajaan

•Promosi ‘Zero Waste Lifestyle’ kolaborasi bersama iCycle

•Pendaftaran dan penebusan ‘barcode’ iCycle Malaysia Sdn Bhd

•Tayangan video ‘Zero Waste Lifestyle’

•Pameran

•Slot Interaktif bersama pelajar sekolah

more photos (click here)