Lakaran satu peristiwa penting bagi warga Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah terukir apabila sebuah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara universiti ini dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah disempurnakan oleh wakil kedua-dua belah pihak.

Dalam majlis tersebut, UTM diwakili oleh Dekan FABU, Prof. Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad dan Setiausaha MBI, Tuan Mohd Zakuan bin Zakaria di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh.

MoU ini akan melibatkan kerjasama dari aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan di mana melibatkan teknologi pembinaan dan rekabentuk struktur buluh sebagai bahan pembinaan semulajadi yang mampan.

Di samping itu juga, MoU iniΒ  akan membuka lebih banyak peluang untuk pertukaran idea dan kepakaran di dalam aspek pengurusan landskap untuk kedua-dua institusi.

Majlis ini dijalankan bersempena dengan program ESCAPE pelajar Senibina Landskap UTM Earth Society of Landscape Architecture selama 2 hari setengah yang telah mendapat sokongan dan kerjasama yang baik dari pihak Jabatan Landskap dan Rekreasi, MBI di bawah kelolaan LAr Meor Abdullah Zaidi bin Meor Zaidi Razali.

Program turut dimeriahkan dengan sambutan program Kesedaran Hari Habitat Sedunia anjuran KPKT di mana program Tanam Pokok dan β€œWaste to Wealth” telah dijalankan oleh pelajar-pelajar dari empat buah institusi yang menawarkan program Senibina Landskap iaitu UTM, UPM, UiTM dan UIA.

Semoga penglibatan pelajar di dalam program seumpama ini akan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan sisa pepejal dan keprihatinan terhadap isu-isu alam sekitar bagi melahirkan generasi rakyat yang lebih peka terhadap persekitaran yang mapan untuk kesejahteraan hidup.

more photos click here..