Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah bermurah hati untuk mengagihkan sumbangan secara one-off kepada pelajar Geoinformasi yang berada di kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seramai 58 pelajar yang terdiri daripada 32 pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan 26 pelajar Sarjana Muda Geoinformatik menerima sumbangan sebanyak RM 200 seorang yang dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Secara keseluruhan, LJT telah menyumbang sebanyak RM10,600 kepada semua pelajar berkenaan. Satu majlis simbolik penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah diadakan pada 30 April 2020 di perkarangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM, Pengarah Geoinformasi serta pelajar.
News
- Fostering the growth of Malaysia’s evolving real estate industry
- Reka Bentuk Sejagat ─ Reka bentuk untuk semua
- AIM4STAR Initiative Empowers Young Climate Heroes at Earth Calling Boot Camp 2025
- Niah Caves Inscribed as UNESCO World Heritage Site: A Triumph for UTM Team
- FABU tingkatkan akademik pelajar SMK Taman Desa Jaya
- UTM FABU Bridges Academia and Industry at Successful Engagement Session 2024
- Program Upskilling & Pensijilan Profesional Autodesk Revit BIM Modelling
- “Faculty of Choice” : FABU tekad untuk terus kekal kedudukan 100 terbaik dalam QS World University Ranking by Subject 2024
- Program Upskilling & Pensijilan Profesional Autodesk Revit BIM Modelling
- Tahniah kepada pelajar Sarjana Senibina FABU, Muhammad Arib Affan Mohd Hamzan di atas pencapaian dalam BlueScope Young Architect Award 2021