FABU Recycle Drive-Thru Programme

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Prof./Dr./Tuan/Puan,​

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Lestari, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM dengan kerjasama KITARecycle SWM Environment akan menganjurkan FABU Recycle Drive-Thru Programme sebagaimana ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 8 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
πŸ“ Tempat: Foyer Blok B11, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM Johor Bahru

πŸš— Kaedah: Drive-Thru (Pandu Lalu)

Sehubungan itu, seluruh warga UTM dijemput untuk menyertai program ini dengan menghantar barangan kitar semula yang diterima seperti berikut:

♻️ Kertas & Kadbod
Surat khabar dan majalah
Kotak kadbod
Kertas pejabat
Buku dan katalog
πŸ“Œ Pengumpulan kertas terpakai bermula 3 Julai 2026 di tong kitar semula berwarna biru yang disediakan di Blok B11 dan Blok C06. Semua kertas yang dikumpulkan akan dibawa ke lokasi program pada hari program.

♻️ Plastik
Botol plastik PET
Plastik HDPE & LDPE
Bekas plastik yang bersih dan telah dibilas

♻️ Aluminium & Logam
Tin aluminium
Tin makanan keluli
Besi buruk (scrap metal)

♻️ E-Waste
Peralatan elektrik dan elektronik
Komputer dan aksesori
Televisyen
Bateri

β›” Barangan yang TIDAK diterima:
Mentol
Lampu kalimantang
Minyak (termasuk minyak masak terpakai)
Fabrik/Pakaian terpakai

Program ini merupakan salah satu inisiatif kelestarian FABU yang bertujuan menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan warga universiti, mengurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan serta menyokong usaha kelestarian kampus.

Mohon kerjasama YBhg. Prof./Prof./Dr./Tuan/Puan untuk turut serta serta membantu menyebarluaskan hebahan ini kepada warga fakulti dan rakan sekerja.

🌱 Ayuh bersama-sama menyokong budaya kelestarian di FABU! Setiap bahan yang dikitar semula mampu memberi impak positif kepada alam sekitar. Penyertaan dan sokongan warga UTM amatlah dihargai bagi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Lestari
Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU)
Universiti Teknologi Malaysia

Skills

Posted on

July 8, 2026