Pertandingan merekabentuk ruang legar UTM Talent Transformation Centre (TTC) telah dibuka kepada gabungan pelajar Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dari beberapa bidang program untuk menggalakkan perkongsian idea dan pendapat bagi melahirkan rekabentuk yang praktikal dan menarik. Pihak UTM TTC telah memperuntukkan sejumlah RM4500 bagi kos percetakan dan wang kemenangan serta sijil bagi kesemua 5 kumpulan pelajar. Beberapa siri persembahan di peringkat Fakulti dan pihak UTM TTC sendiri telah dijalankan bagi pelajar mendapatkan maklumbalas awal berkenaan idea rekabentuk menurut kehendak pelanggan. Sesi penjurian akhir telah dijalankan pada 2 Januari 2019 bertempat di Dewan Utama, UTM TTC bagi pemilihan pemenang. Program pertandingan ini dikendalikan oleh beberapa orang pensyarah FABU yang juga merupakan juri pertandingan tersebut. Sesi pembentangan akhir ini juga telah dihadiri oleh Pendaftar UTM, En. Abdul Razib bin Hj. Shahuddin.
News
- Pelajar FABU dalami teknologi rekabentuk dan pembinaan, telusuri tinggalan sejarah senibina tamadun di India
- Pelajar FABU bantu pulihara ekosistem hutan paya laut.
- New article released on Ain Shams Engineering Journal (ASEJ)
- New article released on GPS Solution (Springer Nature)
- UTM-PLANMalaysia MOU
- PERASMIAN MAKMAL SATELIT FORENSIK GEOSPATIAL BUKTI KERJASAMA ERAT UTM-PDRM
- Opportunities for future collaboration between UTM and The Hong Kong Polytechnic University (PolyU).
- Syarahan Perdana 7 November 2022
- Geoinformation Bulletin Series
- Welcome to the new undergraduate students 2022/2023