Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengambil pendekatan yang strategik untuk meningkatkan budaya profesionalisme di kalangan ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan menjadikan Anugerah Akademik Negara (AAN) sebagai satu platform terunggul dalam memartabatkan pakar akademik negara. AAN merupakan anugerah tahunan berprestij yang bertujuan memberi pengiktirafan kerajaan kepada ahli-ahli akademik yang telah mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.
Anugerah ini memberi pengiktirafan bukan sekadar dalam aspek pengajaran dan penyelidikan semata-mata, tetapi meliputi peranan ketiga universiti iaitu sumbangan akademik kepada pembangunan negara dan masyarakat.
Pencalonan Anugerah Akademik Negara (AAN) 2012 kini dibuka mulai 25 Mac 2013 (Isnin) dan tarikh tutup permohonan/pencalonan adalah pada 27 Mei 2013 (Isnin). Semua staf akademik UTM yang memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan adalah dipelawa menghantar penyertaan bagi anugerah tersebut berdasarkan kepada permohonan dan penyertaan daripada calon-calon yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam bidang masing-masing dan telah mencapai beberapa kejayaan utama sepanjang tahun tempoh penilaian iaitu bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2012 kecuali bagi Anugerah Tokoh Akademik Negara yang berdasarkan kepada pencalonan oleh IPT berdasarkan pencapaian dan sumbangan kumulatif semasa calon, anugerah serta pengiktirafan yang diterima sepanjang hayat (life long achievement) tanpa mengambil kira tahap pengiktirafan.
Tujuh (7) kategori anugerah dibuka untuk permohonan dan pencalonan iaitu:-
Anugerah Tokoh Akademik Negara
Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
Anugerah Penerbitan Buku
Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
Anugerah Seni dan Kreativiti
Anugerah Pengajaran
Anugerah Ahli Akademik Harapan
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Urusetia AAN 2012 UTM, Puan Yasni Nurul Huda Hj Mohd Yassin (ext: 30552), Pejabat Timbalan Naib Canselo (Akademik & Antarabangsa), (u.p.: Urus Setia Anugerah Akademik Negara 2012 UTM)
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Mei 2013, jam 5.00 ptg.
Program Malaysia Heritage Walks and Town Trails-Summer School anjuran Fakulti Alam Bina di bawah penyeliaan Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid bersama UTM SPACE berlangsung pada 15 sehingga 21 Oktober 2012. Summer School pada kali ini disertai oleh 20 pelajar dari The National University of Civil Engineering (NUCE), Hanoi, Vietnam seramai 11orang manakala pelajar dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina (FAB), Universiti Teknologi Malaysia seramai sembilan (9) orang. Dua orang pensyarah daripada NUCE iaitu Dr. Nguyen Cao Lan dan Dr. Nguyen Quang Minh juga turut serta.
Majlis perasmian dan pelancaran Malaysian Heritage Walks and Town Trails-Summer School telah berlangsung pada 15 Oktober 2012 di Bilik Seminar, FAB. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Prof. Sr. Ahmad Rosdan Bin Abdul Razak bagi mewakili Prof. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin (Dekan FAB). Prof. Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin mengadakan perjumpaan bersama pensyarah NUCE di Pejabat Dekan bagi mengucapkan selamat datang serta sesi penyampaian cenderamata.
Sepanjang program ini, para peserta akan dibawa melawat pelbagai tempat warisan sekitar Malaysia meliputi kawasan Johor Bahru, Melaka Bandaraya Warisan Dunia, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Para peserta didedahkan dengan pelbagai elemen reka bentuk Bandar (urban design) melalui penganjuran bengkel, kajian tapak (site inventory), pemerhatian tapak (site observation), pelan konsep (concept plan), reka bentuk susun atur (design layout) dan penyediaan garis panduan melalui beberapa siri kuliah di tapak kajian. Dua siri kuliah iaitu Observation, Opinion and Intuition – the Fundamentals of Design oleh Prof. Dr. Syed Zainol Abidin Idid (UTM) dan Architectural Appreciation oleh Dr. Minh (NUCE) telah disampaikan kepada para peserta bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan mengenai pemeliharaan bandar warisan. Para peserta Summer School dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil melibatkan para peserta Malaysia dan Vietnam.
Secara tidak langsung penganjuran Malaysian Heritage Walks and Town Trails-Summer School yang telah memasuki tahun ke-3 ini dapat mendedahkan para peserta terhadap kepelbagaian warisan budaya di peringkat antarabangsa. Diharapkan pengajuran Malaysian Heritage Walks and Town Trails-Summer School pada tahun 2012 ini dapat meningkatkan lagi kerjasama antara TheNational University of Civil Engineering (NUCE), Hanoi, Vietnam dan FAB, UTM khususnya. Pihak penganjur juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak UTM SPACE atas penajaan.
JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bakal menjadi tumpuan golongan profesional apabila Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), cawangan Johor membuka pejabatnya di kampus UTM Skudai di sini.
SKUDAI – Imbas Arqis (Academic Record QR Information System) yang dibangunkan melibatkan kos RM100,000 di bawah geran penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk kesan ketulenan ijazah adalah perisian pertama seumpamanya di dunia.
Bukan sahaja bakal dipasarkan di dalam negara, malah ciptaan terkini seorang penyelidik UTM, mampu takluki pasaran antarabangsa apabila dikomersialkan nanti.
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, setakat ini, sebanyak empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sudah menunjukkan minat untuk mengguna pakai perisian tersebut di universiti masing-masing.
“Menerusi ciptaan ini, ia dapat mengesan kesahihan setiap sijil dengan mudah sekali. Kita juga yakin perisian ini mampu menarik minat khususnya kepada majikan yang khuatir dalam mencari pekerja baru.
“Dengan kredibilitinya, ia juga diyakini menjadi salah satu alternatif kepada penyelesaian isu ijazah palsu seperti yang pernah dilaporkan berlaku baru-baru ini,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dr Rose Alinda Alias dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein yang mencipta perisian itu.
Sementara itu, buat pertama kalinya, UTM telah mengaplikasikan inovasi tersebut pada majlis konvokesyennya yang berlangsung pada 13 sehingga 16 Oktober ini melibatkan 5,304 pelajar.
Mengulas tentang ciptaan itu, Muhammad Zaly Shah berkata, perisian berkenaan menggunakan kod bertindak cepat (QR) yang dicetak pada ijazah graduan dan dibangunkan bersama ‘Imbas Pembaca’.
“Para majikan yang berminat boleh mendapatkan perisian ‘Imbas Pembaca’ yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris itu dengan memuat turunnya secara percuma di laman web www.imbas.my/download mulai Selasa depan.
JOHOR BARU: UNIVERSITI Teknologi Malaysia reached a milestone yesterday with its invention of a new security feature to tackle the problem of forged academic certificates.
For the first time, the security mark was imprinted on the scrolls given out to 5,304 graduands during its 49th convocation, from Saturday.
Several public and private universities have expressed interest in using this new security feature in their certificates and UTM has given them the green light.
Called the “imbas” reader application, all one needs to do is download the page for the reader application to verify the authenticity of the degree.
The quick response code (QRC) printed on the certificates, similar to the QRC used in product advertising, is then scanned to reveal all the information about the degree holder, said UTM Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang.
“If the name printed on the certificate differs from what is revealed through the QRC, then the certificate is a forgery.
“Information on the degree holder can be traced even if we scan a photocopy of the certificate. This is because all the security features will remain intact in the QRC.”
The software was developed at a cost of about RM100,000 by Dr Muhammad Zaly Shah Mu- hammad Hussein, senior lecturer at the Department of Urban and Regional Planning at UTM.
Zaini said as the QRC was a cheaper and more convenient method, UTM could now do away with the need to spend huge amounts of money printing certificates using high-quality printing paper and security features, as the QRC could be printed on any type of paper.
He said the software could detect any forgery swiftly compared with other security features such as the hologram.
“UTM is the pioneer university in the country, as well as in the world, in using QRC to address the problem of forged certificates.”
Zaly said the software had been patented and he would propose to the Education Ministry to adopt the technology when giving out certificates for public examinations.
The reader application can be downloaded at www.imbas.com. my.