by webmaster FAB | Jan 9, 2012 | News, Uncategorized

JOHOR BAHRU: Pelajar tahun akhir senibina, Fakulti Alam Bina, Tan Choon Wah memenangi Anugerah Rekabentuk Pelajar Senibina 2011 (ASDA 2011) anjuran UAC Berhad, 2 Disember lalu.
Beliau memenangi hadiah bagi Kategori B untuk pelajar tahun lima dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 menewaskan Lee Jian Zhou daripada Universiti Lim Kok Wing dan Muhammad Taufik Abdul Wahab dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Hasil rekabentuk pelajar diadili berdasarkan kepada beberapa kriteria antaranya kreativiti dan keaslian rekabentuk, prinsip bangunan hijau dan rekabentuk yang selaras dengan tema.
Pertandingan itu disertai oleh pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Univesiti Lim Kok Wing.
Hasil lukisan senibina peserta dinilai oleh panel hakim profesional yang terdiri daripada pemaju Mutiara Damansara Dato’ Ghazali Mohd. Ali, arkitek ternama daripada MAA Arkitek Sdn. Bhd,Tuan Hj. Ar. Sharuddin Md. Yunos, Ar Dr. Tan Loke Mun dari ArchiCentre Sdn. Bhd dan Ar. David Tan dari Harley Consult.
Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan UAC Koo Hock Fee.
Sumber : news.utm.my
by webmaster FAB | Dec 30, 2011 | event, Uncategorized
UTMost Imagination is a UTM-wide event that showcases the innovative and creative spirit of students, faculties and staffs. Visitors experience the excitement and depth of this event through interactive presentations, hands-on demonstrations, exhibitions, and research projects set up throughout faculties. Games are also a hit, especially to the school students.
We are looking forward to the participation of all departments in this faculty. Students and academic staffs are invited to share their ideas and concepts of low carbon society that relates to their fields. The ideas itself can turn into creative and fun games and competitions!!!
Theme (Faculty of Built Environment):
Low Carbon Society
Organizer: Centre for Student Innovation, UTM
Closing date: 15 of January 2012
For more information, please visit www.utm.my/csi
If you are interested, do not hesitate to contact us.
Contact person:
Dr. Nafisa Hosni (07-5537332/0127445527)

by webmaster FAB | Dec 28, 2011 | News, Uncategorized
Hasrat Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) untuk memperkenalkan dan mengumpulkan kajian-kajian tentang suku Bugis telah tercapai melalui Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis yang diadakan buat pertama kalinya pada 25 – 26 November 2011 yang lalu. Sebanyak 24 kertas kerja telah dihantar untuk membincangkan perihal sejarah, budaya dan senibina Bugis yang telah terdiaspora berabad-abad lamanya.
Konvensyen yang menyediakan acara seminar, gerai, pameran dan majlis makan malam yang berlandaskan Bugis ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 500 orang. Mereka ini datang daripada pelbagai daerah terutamanya persatuan-persatuan Bugis seperti Persatuan Bugis Johor, Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia, Tawau Sabah, Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Persatuan Kebajikan Bugis Sabah, Persatuan Pelajar Indonesia yang berasal daripada Sulawesi Selatan, para akademik dan pengkaji-pengkaji sejarah serta orang-orang perseorangan yang berminat terhadap tajuk konvensyen ini.
Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis ini telah di rasmikan oleh Dekan Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin. Turut hadir ialah wakil Konsulat Indonesia di Johor Bahru, wakil kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Pengerusi Persatuan Bugis Johor dan wakil-wakil dari pertubuhan yang lain. Pameran yang diadakan mempamerkan hasil senibina Bugis di Sulawesi Selatan dan juga di Johor, baju Bugis, perkakasan harian masyarakat tersebut, gambar-gambar lama maupun perahu pinisi yang terkenal dikalangan masyarakat Bugis.
24 pembentangan kertas kerja mengenai budaya, sejarah dan senibina diadakan oleh pembentang kertas kerja dari Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri. Seminar ini telah menyingkap tentang pelbagai fakta yang tidak pernah diketengahkan selama ini seperti sejarah kemasukkan masyarakat Bugis ke Tanah Melayu, kejayaan masyarakat Bugis dalam menguasai perniagaan di Singapura, nasib suku Bugis yang telah lama merantau serta adat, budaya dan senibina yang mereka bawa sewaktu merantau. Fakta yang dibentangkan cukup membuka mata dan memberi pengetahuan yang cukup berguna dan bermakna.
Pada malam hari kemuncak pula, Konvensyen Antarabangsa Diaspora Bugis diserikan lagi dengan keberangkatan DYMM Sultan Johor ke majlis makan malam yang bertemakan Bugis. Makanan Bugis seperti Burasak dan Ikan Terubuk masak metti telah dihidangkan kepada tetamu yang hadir dengan iringan Gambus dari Persatuan Bugis Johor dan persembahan teater dari Persatuan Pelajar Indonesia. DYMM Sultan Johor telah berkenan melihat pameran senibina Bugis anjuran pihak KALAM dan beramah mesra bersama para tetamu yang hadir.
by webmaster FAB | Dec 12, 2011 | News, Uncategorized

Two master candidates, Sara Izrar Aziz and Nurzuliza Jamirsah, from Green Innovation Research Group at Faculty of Faculty Environment were awarded with a grant to attend three months academic internship at Graduate School for International Development and Cooperation in Hiroshima University. The internship begins on 1 January and ends on 31 March 2012. At Hiroshima University, the candidates will be supervised by Dr Tetsu Kubota to continue their research work and to write manuscript for journal submission. Their expanses to attend the program are jointly supported by Hiroshima University for RM10,000 and by UTM for RM8000 per person.