by webmaster | Dec 1, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Centre for Innovative Planning and Development (CIPD) dan Program Perancangan Bandar dan Wilayah (PPBW), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PLANMalaysia) telah menganjurkan Program PLANPRO 2019 BERSAMA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA pada 28 November 2019. Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada pelajar-pelajar dan staf PPBW terhadap peranan PLANMalaysia dalam perancangan dan pembangunan bandar di Malaysia.
more photos click here..
by webmaster | Nov 25, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Program Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM (PBW UTM) dengan kolaborasi Perencanaan Wilayah dan Kota, Fakultas Teknik, Universitas Sebelas Maret (UNS) telah berjaya menganjurkan 1st International Conference on Planning Towards Sustainability (ICoPS) 2019ย di Surakarta, Indonesia dari 6 hingga 7 November 2019 lalu.
Persidangan antarabangsa tersebut yang pertama kalinya telah dianjurkan oleh UNS selaku tuan rumah turut mendapat kolaborasi daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, King Mongkutโs Institute of Technology Ladkrabang (KMITL), Thailand.
Delegasi UTM disertai 4 orang pensyarah kanan dan 7 orang pelajar pasca-siswazah.
Dengan bermatlamatkan pertukaran pengetahuan, informasi, teori dan amalan perancangan bandar semasa dari negara serantau, persidangan tersebut telah berjaya mengumpulkan pelbagai artikel yang membincangkan topik-topik perancangan bandar mampan.
Seramai lebih 100 peserta dari 5 negara berbeza telah turut serta membentangkan kertas persidangan melibatkan beberapa sub-tema iaitu Pelaksanaan Teknologi dalam Perancangan, Inklusi Sosial dalam Perancangan, Komuniti Mampan dalam Perancangan, Kemampanan Petempatan Manusia, Warisan Bandar, Persekitaran Bandar yang Mampan, Ekonomi Luar Bandar, Mobiliti Bandar dan sebagainya.
Pada majlis perasmian, Pengarah Perancangan Bandar & Wilayah FABU UTM, Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail yang diundang sebagai invited speaker telah menyampaikan ucaptama bersama pakar rujuk lain dari Bangladesh, Austria, Indonesia dan Thailand.
Beliau juga telah menerima buku kolaborasi antara penyelidik UNS-UTM-KMITL sebagai simbolik kepada jalinan kerjasama yang telah diusahakan dari Dekan Fakultas Teknik UNS, Dr. Sholihin Asโad.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Rektor UNS, Prof. Dr. Jamal Wiwoho.
Para peserta persidangan 1st ICoPS 2019 juga telah diraikan dalam sebuah majlis makan malam gala yang dihoskan oleh Pejabat Datuk Bandar Surakarta di Loji Gandrung (Rumah Rasmi Datuk Bandar) di mana majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Surakarta.
Pada hari kedua peserta turut berpeluang melawat kompleks Tapak Warisan Dunia UNESCO di Prambanan Temple sambil menyaksikan persembahan teater dan budaya Indonesia.
Delegasi PBW UTM juga telah diundang untuk menghadiri sebuah mesyuarat khas bagi membincangkan bentuk kerjasama yang dapat diusahakan pada masa hadapan bersama-sama wakil Indonesia, Thailand, Bangladesh dan Austria. UTM dijangka akan menjadi tuan rumah kepada penganjuran persidangan kedua ICoPS pada tahun 2021.
Selain itu, lawatan rasmi delegasi PBW UTM ke UNS yang terdiri daripada Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam Ismail, Dr. Noor Aimran Samsudin, Dr. Siti Hajar Misnan dan Dr. Syed Muhammad Rafy Bin Syed Jaafar telah disambut oleh Dr. Sholihin.
Sempena lawatan tersebut, sebuah kuliah umum juga telah dianjurkan oleh pihak UNS di mana Dr. Hairul Nizam dan Dr. Noor Aimran telah menyampaikan kuliah umum kepada mahasiswa program Perencanaan Wilayah dan Kota di kampus Fakultas Teknik, UNS.
Hasil penganjuran persidangan tersebut secara kolaborasi, pihak PBW UTM secara prinsipnya telah berjaya meluaskan jalinan kerjasama dengan pelbagai sekolah, fakulti dan universiti yang menawarkan program pengajian perancangan bandar di Indonesia.
more photos click here..
by webmaster | Nov 24, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Sesi Dialog Bersama 6 orang Profesor Emeritus FABU iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ar Elias @ Ilias bin Salleh, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Ar Parid Wardi bin Sudin, YBhg. Prof. Emeritus Dr. Noor Sharipah binti Sultan Sidi, YBhg. Prof. Emeritus Dr. Ismawi bin Hj Zen, YBhg. Prof. Emeritus Dr. Mohd Ibrahim bin Seeni Mohd dan YBhg. Prof. Emeritus Sr Omar bin Munir serta 1 orang Profesor Adjung FABU iaitu YBhg. Prof. Adjung LAr. Zainul Hakim bin Mohd Zain.
more photos click here..
by webmaster | Nov 20, 2019 | Conference & Seminar, event, News, photo
3rd International Workshop on Innovation In Construction Management and Economics organised by Building Information Centre Faculty of Built Environment and Surveying, UTM on 17th to 19th November 2019.
more photos click here..
by webmaster | Nov 18, 2019 | event, News, photo
Pada 16 &17 November 2019 telah berlangsung acara penjurian bagi program GIS HACKATHON 2019 anjuran bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Pertandingan ini telah disertai seramai 42 orang pelajar (14 kumpulan) yang terdiri daripada bidang perancangan bandar, Geomatik/Geoinformasi, dan Sains Komputer. Pertandingan ini melibatkan 20 jam sesi penciptaan Web App yang bermula pada jam 3.00 petang 16 November 2019 dan berakhir pada jam 11.00 pagi 17 November 2019. Majlis penyampaian hadiah dan pengumuman pemenang secara rasmi akan dilakukan semasa Hari Bandaraya pada 23 November 2019 nanti.
more photos click here..