by webmaster | Sep 8, 2019 | Conference & Seminar, Featured Slider, News

Seramai 80 pelajar yang terdiri daripada mahasiswa program Geoinformatik terutamanya pelajar tahun 3 dan 4 telah menghadiri sesi bicara santai bersama usahawan muda Jeju Muslim Travel .
Ceramah kerjaya ini telah diberikan oleh Encik Mohd Syafiq Idris seorang usahawan muda yang kini menjadi pengurus kepada dua buah syarikat di Korea iaitu Jeju Muslim Travel dan Kereta Sewa Jeju. Beliau yang mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan yang pernah bekerja di syarikat minyak dan gas antarabangsa ini telah mengambil keputusan untuk keluar daripada zon selesa dan mencipta kerjaya yang menepati dengan minatnya iaitu mengembara.
Tujuan ceramah ini diadakan untuk memberi motivasi kepada bakal-bakal alumni untuk mempersiapkan diri dengan minda keusahawanan selepas berjaya menamatkan pengajian kelak.
Tajuk ceramah yang bertajuk ‘ From Engineer to Entrepreneur : create your own job’ adalah untuk memberi semangat kepada pelajar untuk berani mencipta kerjaya sendiri yang bertepatan dengan minat, meluaskan lagi pandangan dengan tidak terhad kepada profisyen kerjaya makan gaji.
Penceramah telah berkongsi ciri-ciri dan keberanian yang perlu ada kepada usahawan muda untuk menceburi dan kekal berdaya saing di dalam perniagaan yang diusahakan.
Penceramah telah berkongsi tips dan cabaran yang beliau hadapi untuk membuka syarikat sendiri di negara orang, berusaha untuk memastikan kemandirian syarikat, mencipta jenama syarikat menggunakan media sosial dan kepentingan tidak boros dan perlunya menabung di peringkat awal perniagaan.
Bicara santai ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran non-konvensional yang digunakan dalam Program Sarjana Muda Sains Geoinformatik untuk mempersiapkan diri dengan ilmu dan ciri-ciri untuk berdaya saing dalam dunia selepas menamatkan pengajian kelak.
by webmaster | Sep 8, 2019 | Conference & Seminar, CSR, News, photo
Sekumpulan pensyarah dan pelajar daripada Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), UTM telah berjaya melaksanakan program bersama komuniti, iaitu Mitigasi Perubahan Iklim Libatsama Komuniti di SMPK Vokasional Indahpura, Kulai, Johor.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Literasi Komputer (MaPIML FIESTA) yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar berkenaan isu pemanasan global dengan menggabungkan pelbagai teknik pembelajaran, iaitu pameran, taklimat ringkas, dan permainan yang berdasarkan kepada punca dan kesan pemanasan global, serta kaedah untuk mengurangkan pemanasan global daripada terus berlaku.
Selain itu, para peserta juga diberikan maklumat berkenaan ilmu falak dan astronomi, terutama berkaitan sistem matahari dan planet-planet sistem suria.
Aktiviti yang pertama adalah pengumpulan maklumat, di mana para peserta akan mengunjungi pameran yang ada, dan mengumpul maklumat daripada pameran itu. Selepas selesai sesi pameran, para peserta kemudiannya diberikan taklimat berkaitan astronomi oleh Dr Othman bin Zainon. Dalam sesi ini juga, peserta diminta untuk membina jam matahari menggunakan peralatan yang disediakan.
Selepas sesi taklimat, aktiviti seterusnya adalah sesi permainan. Sesi ini bertujuan untuk menerangkan beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan pemanasan global dalam bentuk permainan. Antara permainan yang dilaksanakan adalah pembinaan kincir angin, dan padanan gambar bagi barang yang boleh dikitar semula.
Semua permainan ini dikaitkan dengan isu semasa berkaitan pemanasan global, dan bagaimana pelajar-pelajar ini mampu menjadi ejen kepada pengurangan kesan kepada pemanasan global.
Program ini telah dilaksanakan bersama sekitar 150 orang pelajar sekolah. Seramai 5 orang pensyarah, diketuai oleh Dr Ainur Zaireen binti Zainuddin bersama 3 staf teknikal dan seorang pelajar daripada FABU telah bersama-sama menjayakan program ini.
Program ini telah dirasmikan penutupannya oleh Penyelaras Program Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral Literasi Komputer (MaPIML FIESTA) SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai, iaitu Puan Sulasteri Hairodin.
more photos click here..
by webmaster | Sep 5, 2019 | News
Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2019/2020 – 4 September 2019
more photos click here..
by webmaster | Sep 2, 2019 | event, News
29.8.2019 – Majlis Pendaftaran Program Khas Ijazah Doktor Falsafah Pegawai Tadbir Negeri Johor.
by webmaster | Aug 29, 2019 | Conference & Seminar, News, photo
Kursus Kesedaran dan Pengurusan Tenaga 2019 telah diadakan di FABU pada 28 Ogos 2019 oleh Pakar Runding Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UTM, Y.Brs. Prof. Ir. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi, Registered Electrical Energy Manager UTM, Prof. Ir. Dr. Mohamad Yusri Hassan, Dr. Lim Jeng Shiun dari Pejabat PROSPECT, SKKT, Pengurus Tenaga FABU, UTM, Dr. Choong Weng Wai, Jurutera Mekanikal, PHB, UTM, En. Inaurezeki dan Ketua Unit Pengurusan Tenaga, PHB, UTM, Pn. Noor Azlina Maskor.
more photos click here
by webmaster | Aug 27, 2019 | Meeting & Workshop, News, photo
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – Tokyo City University (TCU) 2nd Joint Workshop 2019. Field Trip Workshop Landscape Design Attraction For Heritage CIty In South-East Asia : Exploring Natural & Heritage Landscape (Johor Bahru, Penang, Perak and Singapore) on 26th to 29th August 2019.
More photos click here