by webmaster | Jul 15, 2020 | News
Tahniah kepada TPr. Dr. Gobi Krishna di atas perlantikan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).
PLANMalaysia bertanggungjawab bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna di Malaysia di tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan.
by webmaster | Jul 14, 2020 | News
Perlantikan staf akademik FABU sebagai Ahli Lembaga Malaysia GBC (Malaysia Green Building Council) – Cawangan Selatan adalah seiring dengan misi FABU ke arah bersinergi bersama rakan industri, badan profesional dan alumni.
by webmaster | Jul 13, 2020 | News, photo
Pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), kementerian Kewangan Malaysia yang di ketuai oleh YBrs. Sr Haji Aโzmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang telah sudi menerima kunjungan hormat dari YBrs. Profesor Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur yang diiringi oleh Sr Dr. Mohd Nadzri bin Jaafar, Pengarah Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 10 Julai 2020.
Intipati perbincangan ketika kunjungan hormat ini antara lain meliputi jemputan perlantikan sebagai Profesor Adjung, memperbaharui Memorandum of Understanding (MoU) antara kedua-dua organisasi, perlaksanaan program khas di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), serta program khas separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda kepada pegawai-pegawai JPPH, dan latihan kepada staf akademik muda FABU di INSPEN.
more photos click here..
by webmaster | Jul 12, 2020 | event, Meeting & Workshop, News, photo
Bengkel Pemantapan Trek Pengajaran FABU 2020 telah diadakan di Dewan Konvensyen Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 8-9 Julai 2020. Bengkel ini adalah anjuran bersama FABU dan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead). Dr. Norliza binti Mohd Isa (JK Trek Pengajaran FABU), Ir Dr. Istas Fahurrazi Nusyirwan (IOBE Administrator) dan Prof. Madya Dr. Nihra Haruzuan Mohamad Said (Pengurus IT, UTMLead) telah memberi tunjuk ajar kepada Pensyarah FABU berkenaan Pemantapan Trek Pengajaran.
more photos click here..
by webmaster | Jun 25, 2020 | News, photo
Bengkel Beban Tugas Staf Akademik (BTSA) Pengajaran Staf Akademik FABU telah diadakan pada 23 Jun 2020 bertempat di Dewan Konvensyen, B12 FABU.
more photos click here..
by webmaster | Jun 16, 2020 | News, Promotion/Appointment
Congratulations to AP Dr. Alice Sabrina Ismail on her appointment as the Director (Architecture). Thank you to the former Director (Architecture), Dr. Abdul Halim Hussein.