Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat Terkemuka

Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat Terkemuka

Program Senibina telah mengadakan sesi dialog bersama Panel Industri Penasihat terkemuka, bertempat di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur Jalan Semarak pada 24 September 2020. Sesi ini dihadiri oleh empat Panel Penasihat Industri yang mempunyai kepakaran dalam bidang seni bina, mereka terdiri daripada Dato’ Ar Nur Haizi Binti Abdul Hai, Dato’ Ar Ezumi Harzani bin Ismail, Ar Saifudin bin Ahmad dan Ar Jasmeet Pal Singh Sidhu bersama staf akademik, pentadbiran dari program Senibina. Sesi dialog ini berjaya memenuhi pelbagai aspek objektif program. Ia dapat merangkumi perkara-perkara seperti memperoleh nasihat mengenai relevansi kurikulum seni bina supaya sesuai dengan keperluan industri semasa; membincangkan cabaran kritikal di pasaran yang berkaitan dengan disiplin seni bina profesional dan persekitaran binaan; mendapatkan nasihat mengenai pendekatan terbaik untuk pendedahan pelajar kepada amalan industri; mendapatkan nasihat mengenai cara membuat pautan yang mampu memudahkan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan; meminta nasihat mengenai kaedah untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara program seni bina profesional dengan industri nasional dan antarabangsa untuk memenuhi keperluan badan profesional; mendapatkan nasihat mengenai cara membuat pautan yang dapat memfasilitasi kerjasama penyelidikan antara program seni bina dengan industri. Sesi dialog yang berlangsung selama sehari ini dapat memberi faedah bersama kepada kedua-dua belah pihak dan sangat bermanfaat untuk pembangunan program seni bina serta perancangan penggantian di masa hadapan. Semoga pelbagai sesi bersama panel industri penasihat yang dilantik dapat dijalankan pada masa akan datang untuk memastikan kualiti program Senibina dari segi menghasilkan graduan yang mencapai matlamat pasaran dan kurikulum untuk masa hadapan.

more photos click here..

Kunjungan Delegasi dari Pejabat UTM International ke FABU

Kunjungan Delegasi dari Pejabat UTM International ke FABU

Pihak FABU telah menerima kunjungan delegasi dari Pejabat UTM International yang diketuai oleh Pro Naib canselor (Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Mohd Ismid Md Said untuk sesi jerayawara inisiatif pengantarabangsaan UTM. Sesi ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif (FE) FABU dan Penyelaras Program Prasiswazah.

Majlis Perasmian Kumpulan Penyelidikan (RG) baharu yang dikenali sebagai Urban Design and Environmental (UDE)

Majlis Perasmian Kumpulan Penyelidikan (RG) baharu yang dikenali sebagai Urban Design and Environmental (UDE)

21 September 2020 – Satu majlis perasmian ringkas kumpulan penyelidikan (RG) baharu Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) yang dikenali sebagai Research Group of Urban Design and Environmental (UDE) telah diadakan di Pejabat Dekan FABU. Majlis tersebut disempurnakan oleh Y.Brs. Prof. Sr. Dr. Hishamuddin Bin Mohd. Ali, Dekan FABU. Dikesempatan tersebut, Y.Brs. Dekan turut meluangkan masa mendengar taklimat hala tuju RG UDE yang akan memenuhi salah satu bidang tumpuan (niche area) ahli akademik dan penyelidik di FABU iaitu kajian berasaskan Sains Petempatan Manusia (Ekistics).
Y.Brs. Dekan turut berkongsi hasrat fakulti serta universiti berkaitan potensi sumbangan RG UDE yang akan diterokai. Pelbagai bentuk aktiviti, program dan kerjasama berkaitan penyelidikan dan perundingan dengan rakan strategik lain termasuk agensi kerajaan, industri, NGO dan Pihak Berkuasa Tempatan dijangka akan mula dilaksanakan selepas penganjuran bengkel strategi di Bandaraya Melaka pada 24 hingga 26 September 2020 akan datang. Bengkel Strategi Research Group of Urban Design and Environmental (UDE) 2020-2025 tersebut akan merangka pelaksanaan perancangan RG untuk tempoh 5 tahun akan datang.
RG UDE yang telah diluluskan penubuhannya secara rasmi oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM pada 8 Julai 2020 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat (Penyelidikan dan Inovasi) UTM ini akan menawarkan kepakaran penyelidikan, perundingan dan pernerbitan berkaitan reka bentuk bandar (urban design), warisan bandar (urban heritage), landskap perbandaran (urban landskap) dan sains alam sekitar (environmental science) sebagai sebahagian usaha mewujudkan petempatan dan habitat manusia yang lebih mampan, berkualiti serta berdaya huni.
Penerokaan bidang tersebut merupakan sebahagian komitmen FABU untuk membantu merealisasikan hasrat negara dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Agenda Perbandaran Baharu (New Urban Agenda). Dalam SDG ke-11, Malaysia komited untuk menjadikan bandar dan petempatan dalam negara menjadi lebih inklusif, selamat, berdaya tahan dan mampan. Selain itu, RG ini turut komited untuk menyumbang kepakaran bagi memenuhi komponen SDG ke-6, 14 dan 15 khususnya berkaitan kualiti alam sekitar.
Keahlian tetap RG UDE terdiri daripada para pensyarah kanan FABU iatu, Dr. Noor Aimran Bin Samsudin (Perancangan Bandar dan Wilayah) selaku Ketua RG, Dr. Lee Yoke Lai, LAr. Dr. Siti Rahmah Binti Omar, Dr. Muhamad Solehin Fitry Rosley (Senibina Landskap) dan Dr. Mohamad Fadhli Rashid (Perancangan Bandar dan Wilayah). Ia turut dianggotai oleh beberapa ahli bersekutu yang terdiri daripada pakar pelbagai bidang merangkumi senibina, pengurusan hartanah, kejuruteraan awam dan pengurusan bencana dari UTM.

 

Program Kembara Warisan Alam Bina @ Pantai Timur anjuran AKRAB FABU

Program Kembara Warisan Alam Bina @ Pantai Timur anjuran AKRAB FABU

Badan Kebajikan Staf Fakulti Alam Bina dan Ukur (AKRAB) telah menganjurkan program Kembara Warisan Alam Bina @ Pantai Timur yang telah diadakan pada 15 September 2020 hingga 19 September 2020. Program ini telah melibatkan pelbagai lokasi di Cameron Highland, sebilangan daerah di negeri Kelantan dan Terengganu. Seramai 33 orang peserta terdiri daripada staf, pesara staf dan juga keluarga staf telah menyertai program ini. Program Kembara Warisan Alam Bina @ Pantai Timur adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada warga fakulti dalam mengenali warisan dan budaya penduduk pantai timur.
Beberapa tempat menarik telah dilawati di Cameron Highland seperti kebun teh di Cameron Valley, Kampung Taman Sedia, Kea Farm, MARDI dan Lavender Garden. Sementara di negeri Kelantan pula, rombongan telah melawat beberapa buah kawasan yang mempunyai sejarah tersendiri seperti Masjid Razaleigh yang menyerupai model Masjidil Haram di Makkah, Pasar Siti Khadijah, Wakaf Che Yeh, Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) di Rantau Panjang dan Cerana Villa Floating Market di Pengkalan Datu. Di Terengganu pula, rombongan telah mengunjungi Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Masjid Kristal dan beberapa buah gerai yang menjual keropok losong.
Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini telah menjadi salah satu aktiviti yang berjaya membina jaringan ukhuwah yang lebih kuat antara staf dan memperluaskan lagi pengetahuan tentang kebudayaan negeri-negeri pantai timur.