Majlis Pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia

Majlis Pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia

Program Bangsa Johor Bahagia (BJB), yang diilhamkan DYMM Sultan Johor dan DYMM Permaisuri Johor menunjukkan keprihatinan Baginda berdua dalam membantu meningkatkan kualiti hidup golongan kurang kemampuan di bandar. Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah mula membincangkan inisiatif murni ini sejak tahun lalu.

Pada hari ini (17 Mac), majlis pelancaran Program Bangsa Johor Bahagia telah disempurnakan oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Raja Zarith Sofiah bertitah, Program Bangsa Johor Bahagia bukan sahaja dapat mewujudkan sebuah kawasan kediaman yang lestari, malah diyakini mampu membendung masalah sosial dalam kalangan generasi muda, di samping membentuk masyarakat yang pro-aktif. Projek perintis itu dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor yang berganding bahu bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta UTM.

Projek itu dilaksanakan dan disusun mengikut dua fasa bersama penduduk Flat Kangkar Pulai, di mana aktviti bagi fasa pertama telah dilaksanakan pada September dan Oktober 2018, manakala aktiviti fasa kedua sedang dilaksanakan bermula Mac 2019 dan dijangka selesai Mei 2019. Dalam menyokong matlamat dan aspirasi projek perintis Bangsa Johor Bahagia, UTM juga membangunkan empat program iaitu program komuniti berjaya, program fasiliti komuniti sejahtera, program persekitaraan kejiranan lestari dan program komuniti digital beretika.

Kerjasama Antara FABU dan Setia Geosolutions Sdn Bhd

Kerjasama Antara FABU dan Setia Geosolutions Sdn Bhd

Perbincangan bagi penyediaan kertas kerja MoU di antara Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) diwakili oleh Prof. Dr. Alias Abdul Rahman dan Setia Geosolutions Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Mohd Hada Mohd Yusop, General Manager cawangan Johor. Turut hadir ialah Prof Madya Dr. Zulkarnaini Mat Amin, Pengarah Geoinformasi dan Cik Intan Nursuryana Zakaria.

Sukan GIS (SUGIS) Anjuran Kelab Geoinformatik

Sukan GIS (SUGIS) Anjuran Kelab Geoinformatik

Sukan GIS (SUGIS) adalah salah satu program sukan yang dianjurkan setiap tahun oleh Kelab Geoinformatik bagi memupuk budaya hidup sihat dan bersosial di antara pelajar-pelajar Geoinformatik dari tahun 1 SGHG hingga tahun akhir (4 SGHG).

SUGIS 2019 telah dijalankan pada 2 March 2019 di Kolej Tun Fatimah, UTM. Alhamdulillah, prog ini dihadiri lebih daripada 80 pelajar bagi menyertai beberapa pertandingan seperti:

Bola Baling
Futsal
Bola Beracun

“All Study and No Play Will Makes Jack a Dull Guy”