
Majlis Pendaftaran Program Khas Ijazah Doktor Falsafah Pegawai Tadbir Negeri Johor
29.8.2019 – Majlis Pendaftaran Program Khas Ijazah Doktor Falsafah Pegawai Tadbir Negeri Johor.
29.8.2019 – Majlis Pendaftaran Program Khas Ijazah Doktor Falsafah Pegawai Tadbir Negeri Johor.
Majlis Menandatangani MOU di antara IMOSS Technology Sdn Bhd & Universiti Teknologi Malaysia. UTM telah diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail manakala pihak IMOSS Technology SB diwakili oleh Dr. Mohamad Khairil bin Mohamad Razi selaku Ketua Pegawai Eksekutif IMOSS Technology SB. Kerjasama antara IMOSS Technology SB dan UTM ini adalah untuk mencipta inovasi yang mampu menyelesaikan masalah industri dalam aspek sains dan teknologi Light Detection and Ranging (LIDAR) dan geospatial.
1st International Graduate Conferencing of Built Environment & Surveying on 24-25 June 2019
Ukhuwah dan silaturrahim antara staf, keluarga staf serta pelajar FABU dieratkan dengan Program Iftar Perdana yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Staf FABU (AKRAB). Selain iftar, program juga disempurnakan dengan solat maghrib, isya’ , dan solat terawih berjemaah yang dipimpini oleh Imam Pusat Islam UTM, Ustaz Panji Alam Mazhisham.
Seramai 15 graduan dari FABU telah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Akademik di Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik FABU bersempena dengan Konvokesyen UTM yang ke-62. Majlis ini telah diadakan pada 29 April 2019 (Isnin) bertempat di Dewan Konvensyen, B12, FABU. FABU mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan FABU. Semoga menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.
Roadshow HEP ke FABU bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTM, Profesor Dr. Durrishah binti Idrus.